Apakah ilmu yang wajib manusia yang Islam itu pelajari? Bagaimana umat Islam boleh menghilangkan kejahilan mereka tentang Islam dan syariatnya? Bagaimana umat Islam boleh beramal dan beribadah sejajar dengan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w)? Ini diperjelaskan di dalam hadith berikut:
Sabda Rasulallah (s.a.w): (Taraktu fikum amraini lan tadillu ma tamasaktum bihima, hua kitabbullahi wa-sunnatu nabii) [Maksud: Aku tinggalkan kepada kamu sekelian dua perkara, tidak sekali-kali akan sesat kamu sekelian selama-lamanya, sesiapa yang berpegang dengan kedua-duanya, iaitu Kitab Allah (a.w)(yakni, al-Quran) dan sunnah NabiNya (yakni, al-Hadith)][1].’ [Hadith sahih A. Malik, al-Hakim, at-Termidzi, Ahmad ibni Hanbal, at-Tobrani, ad-Dalamii, dll]
Jelaslah ilmu yang wajib umat Islam pelajari dan jadikan panduan amalan dan ibadah serta panduan hidup mereka adalah al-Quran dan as-Sunnah. Jika mereka berpandukan kedua-duanya maka pasti tidak sesat mencari dan memperoleh siratul mustaqim – jalan ke syurga itu dan selamatlah dia di dunia dan di akhirat. Maka dengan itulah di dalam Jemaah ilmu yang disampaikan adalah ilmu al-Quran dan as-Sunnah.
Di dalam hadith berikut disebutkan juga bahawa ada tiga ilmu yang wajib umat Islam kuasi, dan lain-lain ilmu baik untuk dunianya, tetapi ilmu yang tiga itu baik untuk dunia dan untuk akhirat umat Islam:
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Amru bin ‘As (r.a) hadith daripada Nabi (s.a.w) yang bersabda: (Al-Ilmu thalathatun, fa wara a zalika fahua fadlun: Ayatun mukhkamatun, au sunnatun qaimatun, au faridatun ‘adilatun) [Maksud: Adapun ilmu yang utama (yakni, yang wajib dipelajari dan dijadikan panduan hidup seorang Islam untuk mengabdikan diri kepada Allah (a.w) dengan jayanya) itu tiga; maka di belakang (yang tiga itu) adalah baik (dikuasai juga): iaitu Ayat-ayat yang menghukum (yakni, al-Quran), atau sunnah yang tegak (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith) atau Hukum Faraid yang ‘adil][Hadith #43, ibnu Majah, Kitab Mukaddimah & juga Hadith Abu Daud]
Sebagai seorang Islam yang berada di landasan yang haq, kita wajib ikuti as-Sunnah, kerana itu telah diperintah oleh Allah (a.w) dalam firmanya bahawa barangsiapa mentaati Rasulallah (s.a.w) maka mereka mentaati Allah (a.w). Justeru itu, sesiapa yang tidak akur dengan ketetapan Rasulallah (s.a.w), yakni ketetapan al-Hadith, maka mereka engkarkan Allah (a.w):
Allah (a.w) berfirman:
‘
[Maksud: Barangsiapa taatkan Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti as-Sunnah) sungguh-sungguh mereka telah mentaati Allah (a.w) (kerana Rasulallah (s.a.w) menyampaikan perintah Allah (a.w))’ [Ayat 80, Surah an-Nisa’]
Dan, maka dengan itulah Allah (a.w) memerintahkan kita yang Islam (malah manusia seluruhnya) supaya amal dan ibadahkan apa-apa yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) dan jangan amalkan sesuatu yang ditegahnya. Ini adalah ketetapan Allah (a.w) di dalam firmanNya berikut:
Firman Allah (a.w):
[Maksud: ‘Apa-apa yang dibawakan oleh Rasul itu hendaklah kamu ambil (yakni, diamal dan diibadatkan) dan apa-apa yang ditegah oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah kamu jauhi atau tinggalkan.’[Ayat 7, Surah al-Haysr]
Perintah ini diulangi pula oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadithnya, iaitu:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘(Kamu) Biarkan (apa-apa) yang aku tinggalkan kepada kamu sekelian maka sesungguhnya rosak (sebagaimana) rosaknya barangsiapa (yakni, kaum-kaum) yang ada sebelum kamu sekelian dengan memperbanyakkan soal (terhadap nabi-nabi mereka) dan berbanyak perselisihan di kalangan mereka atas nabi-nabi mereka. Maka ketika memerintah aku kepada kamu sekelian maka kamu sekelian ambillah apa-apa (yang diperintahkan) semampu kamu, dan ketika melarang aku atas kamu sekelian dari sesuatu maka hendaklah kamu tinggalkan (atau hentikan).’ [Hadith #2, Ibnu Majah][2]
Mengikuti as-Sunnah itu adalah wajib atas kita semua. Itu perintah Allah (a.w) dan perintah Rasulallah (s.a.w). Sebaliknya, ramai umat Islam yang mengengkari perintah Allah (a.w) kerana terdapat ketetapan hadith kita abaikan atau tidak peduli.
Dimanakah kita boleh mendapatkan ilmu mengenai as-Sunnah, yakni Ilmu as-Sunnah atau Ilmu al-Hadith? Sumber ilmu al-Hadith atau as-Sunnah adalah empat puluh sembilan (49) kitab hadith. Di dalam sejumlah kitab tersebut, ulama’ muhadithin sepakat menyatakan bahawa enam daripadanya adalah sahih untuk dijadikan panduan mengenai as-Sunnah, iaitu Kuttubul Sittah, iaitu:
· Sahih Bukhari
· Sahih Muslim
· Sunan an-Nasa’i
· Sunan at-Termidzi
· Sunan Abu Daud
· Sunan Ibnu Majah
Ke-enam-enam kitab ini memberikan panduan yang sah tentang as-Sunnah[3]. Menguasainya membolehkan kita faqih dalam as-Sunnah. Di dalam Jemaah ahli-ahli diajarkan as-Sunnah berpandukan Kuttubul Sittah tesebut.
Kesempurnaan Syariat Islam
Setelah kita mengetahui hakikat-hakikat tersebut di atas itu, maka sebagai umat Islam yang ingin mendapat kejayaan di dunia dan kejayaan di akhirat, maka wajiblah kita fahami Islam dan syariatnya itu. Islam adalah ugama Allah (a.w). Allah (a.w) yang mencipta Islam. Dan, Rasulallah (s.a.w) itu diutus, yakni dilantik Allah (a.w) khusus untuk menyampai dan mengajarkan kepada manusia amnya dan umat Islam khasnya ugama Allah (a.w). Maka dengan itu hanya Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) sahajalah yang tahu kesempurnaan Islam dan syariat ugama Islam itu.
Firman Allah (a.w):
[Maksud: Pada hari ini telah Aku (Allah (a.w)) sempurnakan untuk kamu sekelian ugama kamu dan telah Aku (Allah (a.w)) cukupkan nikmatKu (yakni, nikmat nur Islam) atas kamu sekelian dan telah Aku (Allah (a.w)) redakan Islam menjadi ugama kamu sekelian] [Ayat 3, Surah al-Maidah]
Allah (a.w) telah memberi kita tahu bahawa Islam dan syariatnya telahpun sempurna. Maka dengan itu tiada sesiapapun yang berhak membuat sebarang penyesuaian atau menokok tambah atau menambah atau mengurangkan segala sesuatu yang ditetapkan di dalam al-Quran. Hakikat ini penting kita fahami. Rasulallah (s.a.w) sendiri telah memberitahu kita bahawa Islam dan syariatnya sudahpun disempurnakan. Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) berpesan kepada kita jika kita berpandukan al-Quran dan al-Hadith sudah pasti kita tidak sesat. Jika tidak sesat pastilah kita mendapat syurga dengan heredhaan dan kerahmatan Allah (a.w). Tambahan pula janji Allah (a.w) dan janji Rasulallah (s.a.w) itu adalah janji yang pasti.
Rasulallah (s.a.w) mengulangi hakikat ini – hakikat bahawa Islam dan syariatnya sudah sempurna – dengan sabdanya di dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman bin ‘Amru as-Salami (r.a) berkata sesungguhnya dia mendengar ‘Irbad bin Sariah (r.a) berkata: ‘Dan memberi nasihat kepada kami oleh Rasulallah (s.a.w) suatu nasihat yang mengalirkan air mata (mereka yang mendengar) daripada nasihat tersebut dan menakutkan dari nasihat tersebut beberapa hati (yang mendengarnya)’. Maka berkata aku (Irbat): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Sesungguhnya ini nasihat seperti nasihat orang yang (hendak) meninggalkan kami, maka apakah janji atas kami?’ Sabdanya: ‘Sesungguhnya bagi kamu (aku) tinggalkan atas yang putih – malamnya putih dan adapun siangnya putih, jangan sesat (kamu sekelian) sesudahku kecuali rosak barangsiapa diantara kamu, (yang panjang umur) maka melihat (kamu akan) perselisihan yang banyak (di kalangan umat Islam mengenai ugama Islam), maka (aku berpesan) atas kamu dengan barangapa yang tahu atau arif kamu dari sesudahku (yakni, sesudah tiada aku kelak) dari sunnahku dan ‘sunah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin’, gigitlah atasnya dengan gigi geraham, dan diwajibkan atas kamu dengan taat (yakni, taatkan perintah dan suruhan imam atau amir atau ketua atau pentadbir jemaah) dan sekiranya hamba Habsyi sekalipun (yakni, orang yang sangat dibenci dan tidak disukai sekalipun menjadi imam atau pemimpin kamu); maka sesungguhnya orang yang beriman itu seperti unta di mana (dan ke mana) ditarik diikuti unta (akan tuannya).’ [Hadith #43, Ibnu Majah]
Rasulallah (s.a.w) telah mengulangi pengistiharan Allah (a.w) tentang kesempurnaan Islam dan syariatnya itu di dalam hadith tersebut. Islam dan syariatnya yang ditinggalkannya itu diumpamakan sesuatu yang ‘putih’. Pada bila-bila masa dan ketikapun suatu yang ‘putih’, siangnya ‘putih’ dan malamnyapun ‘putih’. Islam itu sudah sempurna untuk mana-mana zaman sekalipun. Kemudian beliau menasihatkan kita, umatnya, supaya berpandukan sunnahnya dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin, iaitu khalifah yang empat selepas wafat beliau, iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Omar ibni Khattab, Othman ibni Affan dan Ali bin Abi Thalib, radiallhu ‘anhum. Justeru, kita telahpun diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa as-Sunnah itu merangkumi sunnah beliau dan sunnah khalifah yang empat.
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Mas’ud (r.a), katanya hadith daripada Rasulallah (s.a.w) yang bersabda: ‘Sesungguhnya barang yang dua (yakni, yang dibawa atau diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w)) itu ada dua: iaitu, kalam Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan petunjuk (yakni, hidayah) Rasul (s.a.w) (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith). Maka sebaik-baik kalam (kata-kata atau tulisan atau kitab atau buku atau karangan) itu adalah kalam Allah (a.w) (yakni, al-Quran). Dan sebaik-baik petunjuk (hidayah) itu adalah petunjuk Muhammad (s.a.w) (hidayah) (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith). Ingatlah, takutkanlah oleh kamu sekelian pembaharuan dalam perkara (ibadah atau ugama atau syariat Islam). Maka sesungguhnya (atau bahawasanya) seburuk-buruk perkara itu adalah pembaharuan kepada pekara (ibadat atau amalan). Dan setiap pembaharuan pada perkara (ibadat dan amalan) itu adalah ‘bida’ah’. Dan setiap bida’ah itu dolalah (yakni, kesesatan) dan setiap kesesatan di dalam neraka] [Hadith # 46, Ibnu Majah & juga at-Termidzi]
Berpandukan hadith di atas itu, umat Islam telah diberitahu bahawa tiada kitab panduan mengenai Islam yang lebih baik daripada al-Quran. Dan, tiada ajaran atau petunjuk atau hidayah yang lebih daripada petunjuk Rasulallah (s.a.w) tentang Islam dan syariatnya. Juga, Rasulallah (s.a.w) memberitahu umat Islam supaya mengikuti jejak langkah khalifah yang empat selepas beliau wafat dalam beramal dan beribadah. Akhirnya, tidak kurang pentingnya, umat Islam wajib menjauhi perbuatan menokok tambah serta mengubah pinda syariat Islam yang disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w). Yang dijelaskan adalah jika ada perbuatan atau ketetapan mengenai Islam dan syariat Islam yang diperbaharui oleh salah satu daripada khalifah yang empat, wajib kita ikuti kerana telah disahkan oleh Rasulallah (s.a.w). Maka dengan itulah, sebagai contoh, kita dibolehkan mengerjakan solat Terawih dalam bulan Ramadhan sama ada mengikut sunnah Rasulallah (s.a.w) mengerjakan sebanyak delapan (8) rakaat (dibuat empat-empat rakaat satu salam) sama ada bersendirian ataupun dijemaahkan dan dikerjakan sebaik-baiknya di akhir sepertiga malam atau mengikuti sunnah Omar bin Khttab (r.a) mengerjakan solat Terawih itu dua puluh (20) rakaat secara berjemaah (dibuat dua-dua rakaat satu salam). Ketetapan Omar (r.a) bukanlah bida’ah hasanah seperti ramai umat Islam mengatakannya, kerana berlainan daripada perlakuan Rasulallah (s.a.w), tetapi syariat Omar (r.a) itu adalah sebahagian daripada as-Sunnah (seperti hadith yang sudahpun kita rujuk).
Selanjutnya Rasulallah (s.a.w) mengingatkan kita supaya jangan membuat pembaharuan dalam urusan ugama dan syariat Islam kerana tiap-tiap pembaharuan adalah bida’ah dan tiap-tiap bida’ah adalah kesesatan dan tiap-tiap kesesatan itu dibalas dengan neraka. Di dalam banyak hadith mengenai bida’ah ini, tidak ada pula Rasulallah (s.a.w) menyebutkan ada dua bentuk bida’ah sebagaimana yang difahami oleh majoriti umat Islam di Malaysia dan di lain-lain Negara, iaitu ‘bida’ah hasanah’ dan ‘bida’ah dolalah’. Berpandukan nas dan dalil hadith, setiap bida’ah adalah dolalah. Tidak ada sandaran nas dan dalil as-Sunnah tentang wujudnya ‘bida’ah hasanah’ ini. Maka dalam konteks ini, Jemaah tidak menganjurkan sebarang perbuatan yang bersifat bida’ah kerana tidak ada sandaran as-Sunnah mengenai wujudnya ‘bida’ah hasanah’, kerana pada pandangan Jemaah bersandarkan as-Sunnah semua bida’ah adalah dolalah.
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Setiap pembaharuan dalam urusan ugama (Islam) adalah bida’ah dan setiap bida’ah adalah kesesatan dan setiap kesesatan (yakni, mereka yang sesat dan yang menyesatkan tempatnya) adalah tempatnya di dalam Neraka.’ [Hadith Imam Muslim, an-Nasa’i, Imam Ahmad dan perawi-perawi lain]
Apabila kita meneliti al-Quran dan as-Sunnah sudah jelas bahawa manusia tidak perlu berpandukan kepada lain-lain sumber ilmu dan asas atau panduan amalan dan ibadah. Kerana sudah cukup persediaan untuk mendapatkan syurga semata-mata berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Tidak ada contoh manusia yang beramal dan beribadah yang melebihi amalan dan ibadah Rasulallah (s.a.w). Tambahan pula Allah (a.w) memberitahu kita bahawa contoh manusia terbaik adalah Rasulallah (s.a.w). Dan, Rasulallah (s.a.w) acapkali mengingatkan kita bahawa membuat pembaharuan kepada syariat Islam, sebagaimana yang telah disempurnakan di dalam al-Quran dan as-Sunnah, mengundang kesesatan, yakni neraka.
Sehubungan itu yang perlu hanyalah kita mempelajri Ilmu al-Quran dan Ilmu al-Hadith supaya kita pasti menjalani kehidupan, mengerjakan amalan dan ibadah sejajar dengan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Jika kita lakukan perkara-perkara lain maka kita mengada-adakan sesuatu yang tiada dalam Islam atau syariat Islam. Kita tahu bahawa kita tiada haq melakukannya.
Hakikatnya, sesuatu amalan dan ibadah yang tiada di dalam as-Sunnah adalah bida’ah. Sesuatu cara atau kaedah beramal dan beribadah yang tidak diperbuat oleh Rasulallah (s.a.w) adalah pembaharuan, dan kerana itu tegolong dalam istilah atau konsep bida’ah. Yang tidak bida’ah jika dilakukan oleh khalifah yang empat itu.
Solat, Amalan dan Ibadah
Kita tahu solat adalah ibadah yang utama kepada umat Islam. Pengabdian kita kepada Allah (a.w) bergantung pertamanya kepada amalan solat, kerana solatlah ibadah yang pertama dan utama dihisab. Justeru itu, jikalah solat itu tidak sah dan tidak sejajar dengan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) rugilah kita. Begitu jugalah dengan lain-lain amalan dan ibadah. Maka dengan itu kita wajib berpandukan sabda Rasulallah (s.a.w) berikut:
§ Dalam solat ikut cara dan kaedah Rasulallah (s.a.w) mengerjakan solat: Sabda Rasulallah (s.a.w): (Sollu kama ra-aitumuni usalli) [Maksud: Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat] [Hadith Bukhari].
§ Dalam mengerjakan lain-lain amalan dan ibadah selain solat, ikut cara dan kaedah amalan dan ibadah Rasulallah (s.a.w): Sabda Rasulallah (s.a.w): (Khuzu ‘anni manasikakum) [Maksud: Ambillah daripadaku cara kamu mengerjakan amalan dan ibadat] [Hadith Muslim, Abu Daud dan an-Nasa’i].
§ Jangan memandai-mandai membuat pembaharuan dalam amalan dan ibadah (yakni, mengenai Islam): Sabda Rasulallah (s.a.w):(Man akhdatha fi amrina haza malaisa minhu fahua raddu) [Maksud: Barangsiapa mengadakan pembaharuan dalam perkara aku (yakni, syariat ugama Islam) yang ianya bukan daripadaku (yakni, didatangkan daripadaku), maka dia (amalan dan ibadahnya) ditolak] [Hadith Bukhari]
Sabda Rasulallah (s.a.w): (Man ‘amila ‘amalan laisa ‘alaihi amruna fahua raddu) [Maksud: Barangsiapa beramal dengan suatu amalan selain daripada perkara atau urusanku (yang didatangkan oleh aku), maka dia ditolak] [Hadith Muslim]
Kita lihat beberapa ketetapan Rasulallah (s.a.w) tentang apa yang disifatkan sebagai bida’ah itu. Yang jelasnya, tanpa ilmu mengenai as-Sunnah secara terperincinya, tidak mungkin kita tahu apa yang bida’ah dan apa yang tidak bida’ah. Atau, apa yang dilakukan oleh Rasulallah (s.a.w) dan apa yang tidak dilakukannya. Jika tidak dibuatnya maka ketetapan di atas itu wajib dipatuhi dan diikuti.
Apabila kita teliti ilmu al-Hadith, kita akan dapati beberapa perlakuan atau perbuatan yang tidak dibuat oleh Rasulallah (s.a.w), antaranya:
· Tidak menyebut ‘Bismillah’ semasa berwudu’;
· Melafazkan niat semasa wudu’ dan solat;
· Membaca ‘Basmalah’ sebelum al-Fatihah dan sebelum surah;
· Membaca doa qunut dalam solat Subuh;
· Berdoa dalam solat dengan mengangkat kedua-dua tangan;
· Membaca khutbah dalam bahasa Melayu;
· Isi khutbah menyentuh perkara atau hal-hal keduniaan.
Dalam amalan atau ibadah lain, beberapa perlakuan tidak dibuat oleh Rasulallah (s.a.w), antaranya:
· Berpuasa tiga bulan berturut-turut (bulan Rejab, Sya’ban, dan Ramadhan)
· Membaca ‘talqin’ di atas kubur
· Membaca Surah Yaasin atas jenazah
· Memasang batu nisan di kubur
Contoh-contoh tersebut tidak diterima oleh kebanyakan umat Islam di Malaysia, tetapi jika kita teliti as-Sunnah kita akan dapati apa yang kita buat atau lakukan tidak dilakukan oleh Rasulallah (s.a.w). Semua itu adalah amalan atau perbuatan yang diserap oleh budaya dan diamalkan turun temurun oleh orang Melayu. Kita lakukan sesuatu yang tiada sandaran as-Sunnah atau ditegah oleh as-Sunnah.
[1] Maksud hadith ini jelas di dalam al-Quran, kata para ulama’, dalam firman Allah (a.w) apabila menyebut kalimah atau ungkapan ‘Kitab’ dan ‘hikmah’. Mengikut Imam as-Shafie, setelah meneliti pendapat dan pandangan para ulama’ yang faqih dengan Ilmu al-Quran, ‘hikmah’ bermaksud ‘sunnah Rasulallah (s.a.w)’ atau as-Sunnah. Rujuk Surah al-Baqarah (Ayat 129, 151 & 231), Surah ali-Imran (Ayat 164), Surah an-Nisa’ (Ayat 113), Surah ad-Dhuhan (Ayat 34) dan Surah al-Jumu’at (Ayat 2) mengenai ungkapan ‘kitab’ dan ‘hikmah’ tersebut.
[2] Di dalam septong hadith yang hampir serupa didapati dari Bukhari, iaitu: Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) berkata hadith ini daripada Nabi (s.a.w) yang bersabda: ‘Engkau tinggalkan apa-apa yang tinggalkan pada kamu sekelian sungguh-sungguh rosak (sebagaimana) orang-orang yang ada sebelum kamu sekelian dengan banyak sola mereka dan berselisih faham mereka atas para nabi mereka; maka ketika memerintah aku akan kamu sekelian daripada sesuatu, maka engkau ambillah akan dia, dan ketika memerintah aku akan kamu sekelian dengan apa-apa perkara, amak engkau mabillah darinya apa-apa yang semampu kamu.’ [Hadith Bukhari]
[3] As-Sunnah adalah perkataan, perlakuan dan riaksi Rasulallah (s.a.w) terhadap sesuatu kata-kata atau perlakuan para sahabat. Segala tindak tanduk Rasulallah (s.a.w) adalah berlandaskan ketetapan Allah (a.w) melalui wahyu.
No comments:
Post a Comment