Monday, October 27, 2008

Dilema Isteri Bekerja dan Keputusan Majlis Fiqh Sedunia

Saya percaya, ramai di kalangan isteri yang bekerja mempunyai pelbagai dilema antaranya tak cukup waktu untuk menguruskan diri sendiri, suami dan anak-anak, seolah-olah 24 jam sehari tak cukup untuk isteri merangkap ibu melakukan segala beban kerja. Di bandar-bandar besar, kebanyakan isteri didorong untuk keluar kerana bekerja atas alasan tekanan keperluan kehidupan. Satu perkara yang lumrah pada hari ini untuk dikatakan bahawa pendapatan yang hanya datang dari pihak suami kurang mencukupi bagi sesebuah keluarga menjalani kehidupan mereka. Apatah lagi dalam keadaan taraf kehidupan pada hari ini yang semakin tinggi.. Oleh sebab itu, isteri secara sukarela mengambil keputusan untuk keluar rumah bekerja bagi mendapatkan pendapatan lebih bagi keluarganya sebagai memastikan keluarganya berada dalam keadaan yang selesa.
Apabila isteri-isteri ini sudah berada di luar rumah, maka mereka terpaksa memendekkan masa dalam mengurus hal-hal rumah tangga. Sesetengah mereka tidak menghadapi masalah kerana ahli-ahli keluarga yang lain, terutamanya pihak suami memahami keadaan mereka. Walaupun demikian, sesetengah mereka yang lain merasa agak tertekan kerana keluarga masih menuntut perhatian secara sepenuhnya apabila wanita ini pulang dari tempat kerja. Masalah ini bukan sahaja dialami oleh mereka yang berpendidikan sederhana tetapi turut dialami oleh mereka dari golongan professional seperti doktor, peguam, arkitek dan sebagainya. Sesetengah kaum suami tidak menyedari dan tidak cuba memahami tekanan yang dialami oleh isteri mereka kerana menganggap bahawa kerja-kerja di rumah mudah untuk dilaksanakan dan ia adalah suatu fitrah untuk dilaksanakan oleh kaum isteri. Apabila keadaan ini berlaku maka berlakulah suatu dilema dalam diri isteri berkenaan.
Dilema yang dialami merupakan suatu rasa keliru dan bersalah berhubung peranan mereka sebagai seorang isteri (dan juga ibu) dengan tuntutan naluri sendiri untuk bekerja. Rata-rata golongan wanita yang berpendidikan amat memahami tentang konsep kedudukan wanita dari segi syariahnya dan cuba untuk menyempurnakan tanggung jawab tersebut secara sempurna. Akan tetapi, keadaan mereka yang bekerja sudah tentu menghalang pelaksanaan ini dibuat secara sempurna dan tekanan menjadi lebih berat apabila pihak suami mempertikaikan kegagalan mereka melaksanakannya dengan sempurna (disebabkan keizinan yang diberikan oleh suami kepada isterinya adalah keizinan separuh hati). Tuntutan tanpa toleransi dari pihak suami terutamanya seolah-olahnya menjadi syarat yang menderakan bagi mendapatkan keizinan dari suami untuk memiliki kerjaya. Hal ehwal rumah tangga masih sepenuhnya berada di atas bahunya. Sekalipun kewujudan pembantu rumah sewajarnya dapat mengurangkan beban kerja yang ada, tetapi sesetengah suami tetap mahukan urusan-urusan tertentu dilakukan oleh pihak isteri kerana tidak berpuas hati dengan hasil kerja pembantu rumah. Keletihan isteri tidak diambil kira dan menganggap bahawa, oleh sebab suami merupakan ketua rumah tangga dan isteri berkewajipan mentaatinya, maka dia mempunyai hak untuk mempertikaikan kepatuhan dan ketaatan isteri terhadapnya. Bagi wanita yang berhadapan dengan situasi ini, mereka akan menganggap bahawa mereka tidak dilayan dengan adil dan pihak suami sebenarnya telah memanipulasi kuasa kepimpinannya di dalam keluarga.
Sekiranya keadaan ini dibiarkan saya percaya tekanan yang dialami akan menjadikan keadaan rumah tangga yang kurang sihat selain berlakunya ketidak-stabilan dalam rumah tangga. Hasil penyelidikan yang dibuat oleh majalah-majalah yang berkonsepkan feminisme menunjukkan bahawa perkara ini bukanlah isu yang remeh-temeh malah perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Keadaan yang kurang menyihatkan ini perlu ditangani agar tidak menyebabkan kerapuhan institusi kekeluargaan dan merantaikan masalah-masalah sosial yang lebih buruk. Di dalam hal ini, sudah pasti kaum wanita yang menghadapinya inginkan penyelesaian yang diredhai oleh Allah SWT, tidak merasa bersalah untuk memberi penumpuan kepada kerjaya dan masih merupakan seorang isteri atau ibu yang taat dengan perintah Allah.
Dapat kita perhatikan di sini bahawa masalah yang dihadapi oleh isteri dalam dilema ini sebenarnya ialah penerimaan hakikat oleh pihak suami dalam kesediaan mereka untuk bertoleransi dengan keadaan tersebut. Dalam surah An-Nisaa ayat ke 34, Allah telah berfirman, "Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka menaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."
Ayat ini mengupas tentang kepimpinan seseorang lelaki dan kuasa autokrasinya, yang antara natijahnya memerintahkan ketundukan dan ketaatan pihak wanita atau isteri terhadapnya. Kepimpinan ini adalah disebabkan beberapa kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah kepada golongan ini berbanding wanita. Dan kelebihan ini sebenarnya disertai dengan pelaksanaan tanggung jawab yang besar. Apabila seorang lelaki menjadi ketua rumah tangga, dia bertanggung jawab untuk mencari pendapatan demi memberi perlindungan dan makan pakai kepada ahli keluarganya. Selain itu, dia juga perlu menyediakan kemudahan pendidikan kepada anak-anak, juga sumber bagi setiap ahli keluarganya melakukan aktiviti-aktiviti sosial. Dan yang paling utama ialah memastikan akidah setiap ahli keluarganya tidak terpesong. Tanggung jawab ini selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud, "Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang ma'ruf." (Surah Al-Baqarah ayat 233)
Di dalam Islam, perbincangan yang berkaitan dengan rumahtangga lazimnya menjadikan kedua-dua dalil yang dinyatakan sebelum ini sebagai asas dan prinsip yang menjadi pegangan dalam berumahtangga. Walau bagaimanapun, konsep "lelaki adalah pemimpin atau ketua bagi wanita" sebenarnya perlu sama-sama diseimbangkan dengan ketentuan-ketentuan yang lain dalam ajaran Islam. Dan dalam konteks ini keseimbangan dan kesaksamaan perlu diwujudkan dalam menyediakan penyelesaian berhubung pengurusan rumah tangga disebabkan isteri sama-sama keluar bekerja. Iaitu suatu penyelesaian yang bersifat fleksibel dan tidak mengetepikan kepentingan dan kebajikan kaum wanita.
Jika isteri bekerja dengan tujuan membantu ekonomi keluarga dan pada masa yang sama, suami juga bekerja, sudah tentu ia adalah harus selagi menjaga tatasusila Islam semasa di tempat kerja dan juga mampu melaksanakan kewajibannya sebagai ibu dan isteri. Jika terdapat mana-mana suami yang membuat syarat yang isteri terpaksa bekerja kerana suami tidak mampu menampung perbelanjaan rumah jika cuma suami seorang menjana pendapatan, maka hendaklah:-
kedua-dua suami-isteri mempunyai 'planning' sebaiknya. Suami kena plan bagi tempoh beberapa tahun awal selepas kahwin disebabkan kos hidup yang tinggi bagi pasangan berkahwin, dan pasangan masih muda.
bertujuan membantu suami atau keluarga di kampung yang benar-benar terdesak.
berbentuk 'temporary', sementara tiada anak sebagai persiapan ekonomi untuk beranak-pinak dalam keadaan yang lebih selesa.
memberikan isteri pengalaman kerja di peringkat awal agar jika sesuatu berlaku kepada suami, isteri sudah berpengalaman, boleh dan mampu berdikari dengan lebih berkesan.
menamatkan perjanjian kerja dengan majikan atau kerajaan akibat perjanjian biasiswa dahulu.Adapun, menjadikannya syarat seperti 'syarat yang paling utama' serta mengharapkan isteri untuk terus membantu selama-lamanya, ini sedikit sebanyak mendedahkan kelemahan sang suami. Pasti ramai suami dan sebahagian isteri yang tidak berpuas hati dengan kenyataan seperti ini, terpulang. Cuma fikir semula sebelum bantah secara total. Apapun hakikat dan realiti di hadapan anda, menyuruh atau mengharap isteri bekerja dan pada masa yang sama mengharap isteri:
didik anak dengan hebat dan berkesan
layan suami dengan baik,
senyum melebar setiap kali bertemu suami yang 'penat' bila balik,
tempat suami mengadu masalah dan dapatkan sokongan,
memberikan buah fikiran yang baik kepada suami yang buntu di tempat kerja
untuk in-charge untuk menjaga berak kencing anak,
basuh baju,
gosok baju,
sidai, angkat dan lipat baju,
urut badan suami,
masak sedap-sedap,
basuh pinggan-mangkuk,
sapu dan buang sampah,
kemas rumah,
cuci tandas,
tangani karenah anak dengan baik,
ajar anak mengaji,
tidak membebel,
tidak mahu dengar anak menangis dan harap isteri berperanan,
tidak muncung dan lain-lainMenuntut perkara di atas dan pada masa yang sama menyuruh isteri kerja adalah bertentangan dengan fitrah yang ditentukan oleh Allah kepada wanita. Adalah tidak adil sama sekali bagi seorang suami 'demand' hal sedemikian untuk disempurnakan oleh isteri dalam masa yang sama diharapkan income isteri untuk pembiayaan rumah dan kereta dan barang dapur. Jika suami ingin isteri membantu ekonomi (yang sepatutnya tanggungjawab utama sang suami), maka sebahagian senarai kerja di atas patut di ambil-alih oleh suami sebagai timbal balik kepada jasa isteri itu. Jika tidak mahu, mereka perlu mengambil pembantu rumah yang boleh diharap 'cover' sebahagian kerja-kerja teknikal tadi.Kesimpulannya, suami perlu berilmu cara mengawal rumah tangga dan anak-anak akibat isteri bekerja. Sebarang kekurangan dalam rumah tangga akibat kedua-duanya bekerja adalah di bawah tanggungjawab suami. Jangan salahkan isteri yang bekerja sebagai gagal melaksanakan tanggungjawab di rumah, kerana suami yang 'beri' dan 'minta' isterinya bekerja from the very beginning atas sebab-sebab yang disebutkan di atas.Justeru, suami kena kontrol jenis kerja isteri, tempoh masa, suasana sekeliling isteri, jika kecemasan bagaimana, keletihan isteri yang bekerja ini setakat mana, apakah perkara yang terpaksa dikorbankan disebabkan kerja isteri dan lain-lain. Tatkala itu, suami perlu cari apakah jalan penyelesaiannya terbaik. Secara ringkasannya, suami must be a good planner, manager and he is just like a CEO.Buat para suami, cuba lihat sedalam-dalamnya, patutkah isteri bekerja untuk membantu anda meneguhkan ekonomi? Apakah tanda aras keteguhan ekonomi? Dan sampai bila mampu tercapai? Jangan biarkan kebahagiaan rumahtangga tergadai dan bercerai kerana terlalu asyik mengejar duniawi.Fikir-fikirkanlah!Artikel diolah-semula dari sumber: UZAR dan IKIM
Panduan buat suami isteri bekerja - Keputusan majlis Fiqh SeduniaSebagai panduan buat suami isteri bekerja, disertakan keputusan majlis Fiqh Sedunia tentang perkara berkaitan. Keputusan Majlis Fiqh Sedunia dalam persidangan yang ke-16 bertempat di Dubai pada 9-14 April 2005 telah membuat ketetapan seperti berikut :-1. Pemisahan tanggungan harta di antara suami isteriIsteri mempunyai kelayakan sepenuhnya dan hak harta yang tersendiri. Menurut hukum Syariah, isteri mempunyai hak penuh terhadap (harta) yang diusahakan, sama ada untuk menggunakannya, memiliki sesuatu, membelanjakannya sementara suami tidak punyai sebarang berkuasa ke atas harta isterinya itu. Isteri juga tidak perlu mendapat izin suami dalam pemilikan hartanya itu dan cara beliau membelanjakannya.2. Nafkah perkahwinanSeorang isteri berhak menerima nafkah yang telah ditetapkan mengikut kemampuan suami bersesuaian dengan uruf yang benar juga kebiasaan masyarakat setempat yang diterima syara'. Kewajipan memberi nafkah ini tidak gugur kecuali jika berlaku nusyuz (di pihak isteri).3. Isteri keluar bekerja
Tanggungjawab asas bagi seorang isteri ialah mengurus keluarga, mendidik anak-anak dan memberi sepenuh perhatian terhadap generasi masa depan itu. Walaubagaimanapun, di ketika perlu, isteri berhak untuk bekerja dalam bidang yang bersesuaian dengan tabiat dan kemahirannya menurut uruf yang diiktiraf syara' dengan syarat hendaklah dia beriltizam (menjaga) hukum-hukum agama.
Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri yang berkerja tidak gugur menurut Islam, selagi mana tidak berlaku ketika keluarnya isteri tersebut untuk bekerja menyebabkan berlakunya isteri 'nusyuz', tatkala itu gugur kewajipan suami memberi nafkah kepada isterinya yang nusyuz.4. Isteri turut serta membiayai perbelanjaan keluarga
Menurut pandangan Islam, dari awal mula lagi, isteri tidak wajib berkongsi peranan membiayai nafkah (perbelanjaan) yang diwajibkan ke atas suami. Suami juga tidak harus mewajibkan isteri membantunya (dengan bekerja).
Kerelaan seorang isteri untuk turut berperanan membantu perbelanjaan keluarga merupakan suatu perkara dibenarkan menurut pandangan syara' demi menjayakan makna bantu-membantu dan bertolak-ansur di antara suami isteri.
Diharuskan untuk membuat persefahaman dan persepakatan di antara suami isteri akan cara pengurusan pendapatan mereka termasuk pendapatan yang diperolehi oleh isteri.
Jika keluarnya isteri bekerja memerlukan kos tambahan, maka isteri menanggung sendiri kos tersebut ( seperti pengangkutan dan lain-lain)5. Kerja Sebagai Syarat
Seorang isteri dibenarkan untuk meletakkan syarat pada akad perkahwinannya bahawa ia hendaklah dibenarkan bekerja, apabila suami redha dengan syarat itu, ia menjadi kemestian baginya untuk membenarkan (setelah kahwin). Syarat itu hendaklah dinyatakan secara jelas ketika akad.
Suami pula harus meminta isteri meninggalkan kerjayanya walaupun sebelum ini ia membenarkannya, iaitu sekiranya meninggalkan pekerjaan itu dibuat atas tujuan kepentingan keluarga dan anak-anak.
Tidak harus, pada pandangan syara' bagi seorang suami untuk menjadikan keizinannya kepada isteri untuk bekerja dengan syarat isteri hendaklah membantu perbelanjaan keluarga yang diwajibkan ke atas suami; tidak harus juga suami mensyaratkan isteri memberi sebahagian daripada pendapatannya kepada suami.
Suami tidak boleh memaksa isteri untuk keluar bekerja.6. Perkongsian isteri dalam pemilikan hartaApabila isteri benar-benar turut menyumbang harta dan pendapatannya bagi mendapatkan dan memilki rumah, aset tetap atau sebarang projek perniagaan, ketika itu isteri mempunyai hak perkongsian pemilikan terhadap rumah atau projek tersebut mengikut kadar harta yang disumbangkannya.7. Penyalahgunaan hak dalam bidang pekerjaan
Sebuah perkahwinan itu mempunyai beberapa kewajiban bersama yang patut ditanggung oleh pasangan suami isteri dan ia ditentukan oleh Syariah Islam dengan jelas. Justeru hendaklah perhubungan antara suami isteri dibina adalah landasan keadilan, tolak ansur dan saling menyayangi. Sebarang tindakan yang melangkaui batasan berkenaan adalah haram pada kacamata syara'.
Seorang suami tidak harus menyalahgunakan haknya sebagai suami untuk menghalang isteri bekerja atau memintanya meninggalkan kerjayanya sekiranya ia hanya bertujuan untuk memudaratkannya (isteri) atau diyakini tindakan itu hanya akan menyebabkan keburukan melebihi kepentingan yang diperolehi.
Demikian juga halnya ke atas isteri (tidak harus menyalahgunakan keizinan dan hak yang diberikan), iaitu jika ia berterusan dengan kerjayanya hingga menyebabkan mudarat kepada suami dan keluarga atau melebihi maslahat yang diharapkan. Kesimpulan UZAR
Fitrah wanita menuntut perhatian utama mereka untuk suami, anak dan keluarga. Dan silibus kejayaan mereka adalah dalam bidang ini.
Wanita dibenarkan bekerja jika keperluan yang disebutkan di atas benar-benar berlaku.
Walaupun wanita dibenarkan bekerja, ia tidak bererti suami boleh duduk berehat jaga anak di rumah. Sepatutnya suami perlu meningkatkan kualiti diri untuk lebih maju ke hadapan sehingga boleh menanggung keluarga tanpa bantuan isteri.
Suami isteri bekerja adalah diterima dalam Islam selagi mereka tahu dan bijak merancang pendidikan dan penjagaan anak-anak dan tidak digalakkan isteri berterusan bekerja tanpa sebab-sebab yang mendesak. Sekadar disandarkan oleh perasaan untuk lebih bermewah dan mudah membeli belah (sehingga menggadaikan masa depan anak dan keluarga) dengan menggunakan duit sendiri adalah tidak diterima oleh Islam.
Menurut Syeikh Prof Dr Md 'Uqlah, tugas asasi wanita adalah amat besar iaitu sebagai penentu dan pencipta kerjaya seluruh manusia (menurut asbab kepada hukum alam). Komen saya: ini kerana mereka diberikan kedudukan oleh Islam untuk mencorak segala pemimpin lelaki masa akan datang iaitu dari kecil hingga besar. Malangnya mereka tidak menganggap besar dan mulianya tugasan itu sehingga mereka mencari kerjaya di luar rumah yang menghasilkan sedikit gaji yang dicintainya. Justeru, kembalilah sebagai pencipta kejayaan lelaki dan wanita dari rumah. Ia adalah silibus kejayaan wanita dalam Islam.Sumber: UZAR

Thursday, October 23, 2008

Musibah kehilangan seorang anak

"Apabila anak seorang hamba muslim meninggal dunia, Allah berfirman kepada para malaikatnya: 'Kamu telah mencabut nyawa anak hambaKu? Kamu telah mencabut nyawa buah hatinya dan tambatan jiwanya?' Para malaikat menjawab: 'Ya'.
Allah bertanya: 'Apa yang dikatakan oleh hambaKu itu?' Para malaikat menjawab: 'Ia mengucapkan istirja' dan memujiMu.' Allah berfirman: 'Kalau begitu, dirikanlah satu rumah buat hambaKu itu di Syurga, dan beri nama Rumah Pujian'."

Kalau Dahi tak Mencecah Sejadah Didunia.....

Assalam Mu'alaikum !Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan! Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!Dengan kain kafan yang serba putih!Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....Walaupun orang yang hadir itu merintih.... Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....Lalu dilaksanakanlah solat JenazahDengan empat kali takbir dan satu salamBerserta Fatihah, Selawat dan doa....Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput? Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....Usunglah dirimu ke tikar Solat....Sebelum kamu diusung ke liang lahad....Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat! Iringilah dirimu ke masjid....Sebelum kamu diiringi ke Pusara!Tangisilah dosa-dosamu di dunia....Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....Bukan yang pergi!Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan! Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!Ingatlah di mana saja kamu berada.....Kamu tetap memijak bumi Tuhan!Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!Serta menikmati rezeki Tuhan!Justeru bila Dia menyeru,.... Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....memanggilmu buat kali yang terakhirnya!Ingatlah kamu dahulu hanya....setitis air mani yang tidak bererti!Lalu menjadi segumpal darah!Lalu menjadi seketul daging!Lalu daging itu membaluti tulang! Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....Yang lebih agung dari malaikat! Lahirmu bukan untuk dunia....Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....Dengan penuh rela dan bersedia!Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'.. Jalan kemenangan akhirat dan dunia!Ingatlah yang kekal ialah amal....Menjadi bekal sepanjang jalan!Menjadi teman di perjalanan. ..Guna kembali ke pangkuan Tuhan!Pada hari itu tiada berguna. Harta, tahta dan putera....Isteri, kad kredit dan kereta....Kondominium, saham dan niaga....Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

Monday, October 20, 2008

Ku tanya hati...

Ku tanya hati
Ku tepuk dada sendiri
Manakah hala perjalananku ini?
Terasa sangsi maish kubelum mengerti
Adakah aku dilanda laluan pasti?
Bertanyaku pada bayu yang menumpang jalan
Apakah berita yang suci dari sempadan?
Berikan petunjuk hidayah dan pesanan
Bawakan doaku terus ke takhta pangkuan
Berbalas pandangan mataku dengan sang bulan
Bagaikan bicara mengharapkan pengertian
Moga disusun bintang yang berselerakkan
Menjadi landasan laluan perjalanan
Kutanya hati
Apakah bisa aku dikhianati
Dengan kata hati yang tidak pasti
Atau akukah yang tidak mengerti
Betapa berharganya hati yang suci
Subhanallah
Indahnya hati pemberian Allah
Akan kujaga biarpun payah
Akan kuhias dengan sifat mahmudah
Akan kusingkir sifat mazmumah

PENAWAR DERITA

Resolusi buat minda yang kusut

Kelam,
Kekotoran hati,
Kekeruhan jiwa,
Menambah kesakitan,
Hasad dengki bernanah,
Benci dan marah memanah,
Menambah kelukaan.

Samar,
Hati salah menyangka,
Akal hilang fungsi,
Bahagia bertukar bencana,
Sediah apatah lagi,
Jiwa menekan-nekan,
Asakan melanda,
Dibiarkan tiada reda,
Dilawan tiada beza,
Semakin menggunung dan berapi,
Hampir meletup dan memusnahkan.

Pahit,
Melukai jiwa lain,
Mengoyak keharmonian,
Jadi mamahan nafsu dan kejahilan,
Punca perasaan tanpa kawalan,
Hati tidak terdidik,
Jiwa hilang panduan,
Fikiran tidak bertemankan iman,
Amal bertemankan nafsu,
Tujuan tanpa hala.

Penawar,
Ubati kecelaruan,
Mengungkai keserabutan,
Membuang duri menyakiti,
Mengikis karat-karat hati,
Membersihkan jiwa,
Iman mengasah akal,
Amal menghala tuju,
Akhirat menjadi tumpu,
Keredaan Tuhan matlamat utama.

Manis,
Tuba bertukar madu,
Ujian adalah nikmat,
Masalah menjadi penguat,
Kesulitan menjadikan gagah,
Tekanan hilang,
Kebahagiaan datang.

Mendung Tak Bererti Hujan

Masa lalu hitam di dalam hidupku
Dapatkah ku jadikan putih
Kegagalan cintaku juga keyakinan
Dan goyah oleh keadaan
Miskin jiwa dan ragaku
Bagai hidup di padang yang tandus
Begitu beratnya beban yang ada di jalan hidupku

Bila kau percaya tabah hari-hari selalu berganti
Takkan selamanya awan-awan hitam menghantui hidupmu
Mendung tak bererti hujan yakinlah itu satu cubaan
Masih ada waktu dan kesempatan untuk meraikan

Aku ingin mencari ketenangan diri
Agar hidup ini bukanlah sekadar mimpi
Aku ingin kau tahu isi hatiku
Cintaku padamu kasih ku padamu
Putih tka ternoda
Hanya untukmu untuk dirimu

Jangan ada dusta di antara kita

Ketika pertama ku jumpa dengan mu
Bukankah pernah kutanyakan padamu
Takkan kecewakah kepada diriku
Takkan menyesalkah kau hidup denganku nanti...

Memang kau bukan yang pertama bagiku
Pernah satu hati mengisi hidupku dulu
Dan kini semua ku katakan padamu
Jangan ada dusta di antarakita kasih...

Semua terserah padamu
Aku begini adanya ku hormati keputusanmu
Apapun yang akan kau katakan
Sebelum terlanjur kita jauh melangkah
Kau katakan lah saja

Kasih apapun adanya dirimu
Aku akan selalu sayang kepadamu

Sunday, October 19, 2008

A POEM FOR A SPECIAL SOMEONE

You are my inspiration
having you in my life
revived my sleeping devotion
You are indeed a special someone

Loving you gives me hope
to free this misery that I coped
in those times I gave up
You came and I stood up

Never will I forget
how you always cheer me up
every time I'm sad
and for that I'm glad

Whenever I'm lonely
You were there for me
keeping my heart alive
with your every smile

I dedicate this poem to you
to show how much you meant
to me I love you
My special someone

99 LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;

02. Sabar apabila mendapat kesulitan;

03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;

04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;

05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;

06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;

07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;

08. Jangan usik dengan kekayaan orang;

09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang;

10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan;

11. Jangan tamak kepada harta;

12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;

13. Jangan hancur karena kezaliman;

14. Jangan goyah kerana fitnah;

15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi
kemampuan diri.

16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;

17. Jangan sakiti ayah dan ibu;

18. Jangan usir orang yang meminta-minta;

19. Jangan sakiti anak yatim;

20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;

21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;

22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);

23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;

24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah
di masjid;

25. Biasakan shalat malam;

26.. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;

27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;

28. Sayangi dan santuni fakir miskin;

29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;

30. Jangan marah berlebih-lebihan;

31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;

32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah
karena Allah;

33. Berlatihlah konsentrasi pikiran;

34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah
maaf apabila karena sesuatu sebab tidak
! ; dapat dipenuhi;

35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan
iblis/syaitan;

36. Jangan percaya ramalan manusia;

37. Jangan terlampau takut miskin;

38. Hormatilah setiap orang;

39. Jangan terlampau takut kepada manusia;

40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;

41. Berlakulah adil dalam segala urusan;

42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;

43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;

44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;

45. Perbanyakkan silaturrahim;

46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;

47. Bicaralah secukupnya;

48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;

49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;

50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;

51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;

52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;

53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan
tidak berlebihan;

54. Hormatilah kepada guru dan ulama;

55. Sering-sering bershalawat kepada nabi;

56. Cintai keluarga Nabi saw;

57. &nbs! p; Jangan terlalu banyak hutang;

58. Jangan terlampau mudah berjanji;

59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar
bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;

60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak
bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak
berguna;

61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;

62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan
beristighfar;

63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;

64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;

65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas
kejahatan dengan kejahatan lagi;

66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan
pendiriannya;

67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;

68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan
sesuatu pilihan

69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka
yang mendapatkan kesulitan.

70. Jangan melukai hati orang lain;

71. Jangan membiasakan berkata dusta;

72. Berlaku! lah adil, walaupun kita sendiri akan
mendapatkan kerugian;

73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;

74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan
dan kesungguhan;

75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita

76. Jangan membuka aib orang lain;

77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita,
lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;

78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang
arif dan bijaksana;

79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah
dilakukan;

80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong
karena kaya;

81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk !
agama,bangsa dan negara;

82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan
orang lain;

83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;

84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata
apa-apa;

85. Hargai prestasi dan pemberian orang;

86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan
dan kesenangan;

87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang
bersangkutan tidak menyenangkan.

88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai
dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;

89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal
atau mental kita menjadi terganggu;

90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan
bijaksana;

91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang
dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;

92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain
terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat
menyebabkan orang lain terhina;

93. &nbs! p; Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang
menyangkut teman kita sebelum dipastikan
kebenarannya;

94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan
kewajiban;

95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh
keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;

96. Jangan memaksa diri untuk m! elakukan sesuatu yang
diluar kemampuan diri;

97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan
tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;

98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan
kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan
kerosakan;

99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan !
jangan kaya dengan memiskinkan orang.

Never cry for anybody

NEVER CRY FOR ANY RELATION IN LIFE BECAUSE FOR THE ONE WHOM YOU CRY DOES NOT DESERVE YOUR TEARS AND THE ONE WHO DESERVES WILL NEVER LET YOU CRY.................
TREAT EVERYONE WITH POLITENESS EVEN THOSE WHO ARE RUDE TO YOU, NOT BECAUSE THEY ARE NOT NICE BUT BECAUSE YOU ARE NICE.......................
NEVER SEARCH YOUR HAPPINESS IN OTHERS WHICH WILL MAKE YOU FEEL ALONE, RATHER SEARCH IT IN YOURSELF YOU WILL FEEL HAPPY EVEN IF YOU ARE LEFT ALONE......................
ALWAYS HAVE A POSITIVE ATTITUDE IN LIFE. THERE IS SOMETHING POSITIVE IN EVERY PERSON. EVEN A STOPPED WATCH IS RIGHT TWICE A DAY...................................
HAPPINESS ALWAYS LOOKS SMALL WHEN WE HOLD IT IN OUR HANDS. BUT WHEN WE LEARN TO SHARE IT, WE REALIZE HOW BIG AND PRECIOUS IT IS!.................

Jemaah Al-Quran dan As-Sunnah

Jemaah al-Quran dan as-Sunnah itu adalah satu pergerakan ke arah menyahut dan memertabatkan perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Perintah itu adalah mentaati Allah (a.w) dan mentaati Rasulallah (s.a.w) Bagaimana mentaati Allah (a.w)? Ikuti ajaran al-Quran dan ajaran Rasulallah (s.a.w). Bagaimana mentaati Rasulallah (s.a.w)? Ikuti ajaran as-Sunnah. Hanya Islam yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah yang pasi berjaya dunianya dan akhiratnya.
Sumber ilmunya? Hanyalah al-Quran dan as-Sunnah atau al-hadith. Sumber as-Sunnah? Iaitu 49 kitab-kitab al-Hadith yang dikumpulkan oleh 49 ulama’ muhadithin. Yang utama dijadikan panduan adalah kitab-kitab yang dinamakan ‘Kuttubul Sittah’, iaitu:

· Sahih Bukhari
· Sahih Muslim
· Sunan an-Nasa’i
· Sunan at-Termidzi
· Sunan Abu Daud
· Sunan Ibnu Majah

Guru-guru yang mengajar Jemaah mempelajari atau mendapat ilmu al-Quran (bacaan, tafsir dan penjelasan) dan ilmu al-Hadith melalui guru yang menerimanya pula daripada guru-guru dan mereka pula dari guru-guru mereka – satu kaedah mangkul, musnad dan muttasil. Proses pengilmuan ini sudah berjalan selama lebih 48 tahun. Guru asalnya mendapat ilmu daripada Mekah dan Madinah juga secara mangkul, musnad dan muttasil. Terjamin melalui urusan dan proses tersebut, ilmunya tidak menyeleweng daripada pembelajaran asalnya. Keaslian ilmu tersebut terjamin dan boleh disemak atau dirujuk untuk mempastikan kesahihannya[1].
Secara rengkasnya, panduan kepada Jemaah adalah perintah dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) seperti berikut:

· Al-Quran

· As-Sunnah atau al-Hadith

· Dan dari segi penelitian tentang kebatilan cara dan kaedah beramal dan beribadah dan bentuk-bentuk amalan dan ibadah berpandukan kepada ketetapan al-Quran dan as-Sunnah;

· Prinsip pengajian atau pengajaran yakni kaedah penyampaian ilmu kepada Jemaah adalah: buat apa yang diperintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dan tinggalkan apa yang ditegah atau dilarang oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w);

· Di dalam perkara solat, secara khusus panduannya adalah as-Sunnah berteraskan sabda Rasulallah (s.a.w) ‘Sollu kama ra aitumuni usalli’;

· Dari segi amalan dan ibadah lainnya berpandukan sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Khuzu ‘anni manasikakum’;

· Maksud as-Sunnah itu adalah ‘Iaitu mereka yang mengikut jalanku (yakni, as-Sunnah (Rasulallah (s.a.w)) dan jalan sahabat-sahabatku yakni, ‘Khalifah ar-Rasyidin al-Mahdiyin’)(iaitu, Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali);

· Dalam meneliti cara dan kaedah beramal dan beribadah dan cara menentukan bentuk dan jenis-jenis amalan dan ibadah yang haq berpandukan juga hadith-hadith:

( ) Man ‘amila ‘amalan laisa ‘alaihi amruna fahua raddun;

( ) Man akhdatha fi amrina haza malaisa minhu fahua raddu

· Kaedah pembelajaran dan penyampaian mangkul, musnad dan muttasil.
[1] Kaedah pengajian dan pengajaran ini sebenarnya adalah kaedah Islam mengikut as-Sunnah. Contohnya: Rasulallah (s.a.w) memberi tazkirah kepada para sahabat setiap kali selepas solat. Beliau akan berpaling selepas salam, wirid bersendirian dan berdoa bersendirian, mengahadpi para sahabat sama ada duduk (dikelilingi oleh sahabat) atau terus berdiri (seumpama berkhutbah) memberi nasihat kepada para sahabat semuanya tentang pengabdian kepada Allah (a.w) bukan kerana keduniaan. Rasulallah (s.a.w) menrima ilmu mengenai al-Quran selain dengan wahyu, melalui pengajaran secara pemangkulan oleh malaikat Jibrail (a.s) yang datang menemuinya secara berdepan mengajarkannya Islam dan syariat Islam, terutama yang memerlukan demonstrasi atau praktikal.

Nasihat Rasulallah (s.a.w)

Allah (a.w) menyuruh Rasulallah (s.a.w) memberitahu manusia, terutama umat Islam, bahawa wajib kita mengikuti Rasulallah (s.a.w), yakni mengikuti as-Sunnah.
Firman Allah (a.w): ‘Katakan olehmu (wahai Muhammad (s.a.w)) ‘Wahai sekelian manusia sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah (a.w) kepada kamu sekelian, (diutus oleh Allah (a.w)) yang menguasai (tujuh lapis)[1] langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhaq disembah) melainkan Dia, (Dia) Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan. Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan kepada RasulNya (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith), Nabi yang ummi (tidak boleh membaca dan menulis)[2] beriman kepada Allah (a.w) dan kalimah-kalimahnya (yakni, al-Quran) dan ikutilah dia (yakni, as-Sunnah atau sunnah Rasulallah (s.a.w)), mudah-mudahan kamu mendapat petunjuk (atau hidayah)[3].’ [Ayat 158, Surah al-An’am]
Di awal kertas kerja ini kita merujuk kepada sepotong hadith Rasulallah (s.a.w) yang menyatakan bahawa ada pada Rasulallah (s.a.w) itu atau yang disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) itu adalah dua yang terbaik: iaitu kalam yang terbaik iaitu kalam Allah (a.w) atau al-Quran dan petunjuk atau hidayah yang terbaik iaitu petunjuk Rasulallah (s.a.w). Dan, Allah (a.w) memberitahu kita yang Islam bahawa Rasulallah (s.a.w) itu contoh atau model ikutan terbaik. Justeru itu jika kita ikuti Rasulallah (s.a.w) yakni ikuti as-Sunnah pastilah kita beramal dan beribadah dan menjalani kehidupan kita sebagai umat Islam yang terbaik.
Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) menasihatkan kita bahawa janganlah kita remehkkan as-Sunnah atau kita tidak terima as-Sunnah dan janganlah kita mengamalkan sesuatu yang bersifat bida’ah, kerana sesiapa yang berbuat bida’ah adalah secara sengaja dan terang-terang menentang Allah (a.w). Ini disebutkan di dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Qasim bin Abdil Rahman ibni Abdillah bin Mas’ud, hadith daripada bapanya, hadith daripada datuknya Abdillah ibni Mas’ud (r.a) bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Akan mengatur perkara (yakni, urusan jemaah Islam) di kalangan kamu sesudah ketiadaan aku beberapa lelaki (yakni, imam atau amir) mematikan (yakni, meninggalkan) sunnahku dan mengamalkan mereka bida’ah, dan mengakhirkan (yakni, melambat-lambatkan) solat dari waktunya.’ Maka berkata aku (ibnu Ma’sud): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Jika menjumpai aku akan mereka maka bagaimanakah perbuat aku?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Bertanya engkau kepada aku wahai Ibna Ummi ‘Abdin (yakni, merujuk kepada Ibnu Mas’ud) bagaimana berbuat kamu? Jangan taat kepada orang yang menentang Allah (a.w).’ [Hadith ibnu Majah]
Apabila kita tahu bahawa sesuatu amalan atau ibadah atau cara dan kaedah beribadah itu berlainan dengan perbuatan atau perlakuan Rasulallah (s.a.w), sudah pastilah itu bentuk-bentuk bida’ah, maka dengan itu jika dilarang ikuti. Kerana perbuatan tersebut adalah sesuatu perbuatan atau kelakuan yang bersifat menentang Allah (a.w). Jikalau kita teruskan juga melakukannya walaupun sudah jelas lagi terang bahawa Rasulallah (s.a.w) tidak buat atau lakukan, apa jadi? Ini dijelaskan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith-hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abdillah bin ad-Dalamii daripada Khuzaifah bin Yamani (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak diterima Allah (a.w) ahli-ahli bida’ah (yang mencipta, yang mengajar, yang menganjurkan dan yang mengamalkan bida’ah) amalan puasanya, tidak diterima amalan solatnya, tidak diterima amalan sedekahnya, tidak diterima amalan haji dan tidak (juga) amalan umrahnya, dan tidak diterima amalan jihadnya, dan tidak diterima amalan-amalan fardu dan tidak (juga) amalan-amalan sunatnya. Maka keluar dia dari Islam seperti keluarnya sehelai rambut dari adunan (tepong) roti.’ [Hadith #49 sahih Ibnu Majah]
Hadith di atas itu memberitahu kita hukumannya, iaitu pertama kesemua amalan dan badah kita tidak diterima oleh Allah (a.w), dan kedua, lebih serius lagi, tanpa kita sedari kita terkeluar dari Islam, wal iyazubillah. Di dalam hadith berikut pula, Allah (a.w) tidak menerima taubat kita, selagi kita kekal melakukan atau membuat sesuatu yang bersifat bida’ah.
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) meriwayatkan bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya Allah (a.w) mendinding (yakni, menutup atau tidak akan membolehkan sampai kepadaNya) taubat pembuat-pembuat bida’ah sehinggalah dia meninggalkan bida’ahnya.’[Hadith #50, Ibnu Majah]
Hadith yang sama juga dikeluarkan oleh dua ulama’ hadith yang lain iaitu at-Tobrani dan al-Baihaqi, selain ibnu Majah yang kita rujuk di dalam hadith sebelumnya. Begitu seriusnya akibat berbuat atau beramal dengan sesuatu yang bersifat bida’ah.
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) menyebut bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda:‘Sesungguhnya Allah (a.w) menolak (yakni, tidak menerima) akan taubat tiap-tiap pembuat bida’ah’ [Hadith sahih at-Tobrani dan al-Baihaqi].
Oleh itu di dalam Jemaah, kami diperingatkan supaya berhati-hati dan berwasapa. Melalui ilmu as-Sunnah kita akan tahu sesuatu yang berlainan daripada perlakuan atau perbuatan Rasulallah (s.a.w). Yang penting, ahli Jemaah diingatkan bahawa janganlah mereka menggadaikan keIslaman mereka kerana berpandukan atau membuat sesuatu yang bertentangan dengan as-Sunnah. Jangan memperdagangkan akhirat demi dunia mereka.

[1] Di dalam Ayat 12, Surah at-Tallaq disebutkan ada tujuh lapis langit. Di dalam al-Quran juga disebutkan bahawa di atas langit lapisan ketujuh itu terbangunnya ‘Arasy Allah (a.w) yang dipikul oleh delapan orang malaikat yang begitu besar mengikut hadith.
[2] Rasulallah (s.a.w) bersifat ‘ummi’ yakni buta hurup – tidaktahu membaca dan menulis – supaya tidaklah manusia itu membuat keputusan bahawa al-Quran adalah kitab karangan Rasulallah (s.a.w). beliau diutus kepada masyarakat Arab ketika itu yang pandai membaca dan menulis serta mengarang syair dan lain-lain karya bahasa dan budaya.
[3] Mereka yang mendapatbpetunjuk atau hidayah itu akan berjaya mencari dan mendapatkan jalan yang lurus (siratul mustaqim) dalam kehidupannya di dunia dan di akhirat dan akhirnya medapat jalan ke syurga.

Akibat Tidak Ikuti as-Sunnah

Walaupun kita telah fahami perintah Allah (a.w) dalam Surah al-Araf. al-Maidah dan an-Nisa, seperti telah kita teliti sebelum ini, penting kita ulangi semula berpandukan as-Sunnah Rasulallah (s.a.w). Berikut, kita teliti beberapa hadith pilihan mengenainya.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Setiap umatku masuk syurga, selain (yakni, kecuali) orang yang ‘enggan’. Mereka (para sahabat) bertanya: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Siapakah yang ‘enggan’ itu?’ ‘Rasulallah (s.a.w) menjawab: ‘Sesiapa yang mematuhi perintahku (yakni, ikuti as-Sunnah) masuk syurga, dan sesiapa yang melanggar perintahku[1], maka sesungguhnya orang itu ‘enggan’ (yakni, mereka yang ‘enggan’ itu adalah mereka yang tidak mematuhi perintah Rasulallah (s.a.w) tidak masuk syurga, yakni masuk neraka).’ [Hadith Bukhari]
Janganlah kita ambil ringan bida’ah itu kerana akibatnya amat buruk kepada kita dalam mencari keselamatan dan kesejahteraan akhirat. Ini diperjelaskan di dalam hadith berikut. Janganlah kita ikuti pendapat dan pandangan orang yang mengakui mereka alim dan berilmu dalam membuat sesuatu yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Jangalah kita menghalang orang yang ingin mengajarkan umat Islam tentang Islam serta syariatnya yang haq berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Kita ada dua pilihan sama ada mendapat kiriman pahala sehingga qiamat dunia ataupun kiriman dosa sehingga qiamat dunia. Apabila kita ragui sesuatu itu haq kah atau batilkah – kita was-was – hendaklah kita semak al-Quran dan as-Sunnah. Jika tiada dalam keduanya, maka cepat-cepatlah anggap itu satu kebatilan, lebih selamat dan menyelamatkan kita.
Menceritakan hadith daripada Kathir ibn Abdullah (r.a), hadith daripada bapanya, hadith daripada datuknya berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa menghidupkan sunnah dari sunnahku (yang) sungguh-sungguh (telah) dimatikan (atau dilupakan) sesudahku (yakni, setelah ketiadaanku), maka bahawasanya baginya pahala seperti pahala barang siapa yang beramal dengannya dari kalangan manusia, tidak dikurangi (atau mengurangi) dari pahala manusia yang beramal dengannya sedikitpun. Dan barangsiapa membuat dan mengajarkan bida’ah tidak redha atasnya Allah (a.w) dan RasulNya, maka sesungguhnya diberatkan (atau dipertanggungkan) atasnya dosa seumpama dosa barangsiapa yang beramal dengannya dari kalangan manusia, tidak mengurangi (atau dikurangi) dosa manusia yang mengamalkannya sedikitpun.’ [Hadith #210 sahih Ibnu Majah]
Dan juga hadith berikut yang menguatkan lagi hujjah kita bersandarkan nas dan dalil al-Hadith, bahawa mereka yang mengamalkan sesuatu yang bersifat bida’ah terkeluar dari Islam tanpa disedari:
Diriwayatkan hadith daripada Abdillah bin ad-Dalamii hadith daripada Khuzaifah bin Yamani (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak diterima Allah (a.w) ahli-ahli bida’ah (yakni, mereka yang mencipta, yang mengajar, yang menganjurkan dan yang mengamalkan bida’ah) amalan puasanya, tidak diterima amalan solatnya, tidak diterima amalan sedekahnya, tidak diterima amalan haji dan tidak (juga) amalan umrahnya, dan tidak diterima amalan jihadnya, dan tidak diterima amalan-amalan fardu (yang lainnya) dan tidak (juga) amalan-amalan sunatnya (yang lain). Maka keluar dia dari Islam seperti keluarnya sehelai rambut dari adunan (tepong) roti.’ [Hadith #49 Ibnu Majah]
Ketetapan Rasulallah (s.a.w) itu adalah sejajar dengan ketetapan Allah (a.w) yang menyuruh umat Islam berpandukan as-Sunnah dan janganlah melanggar batasan-batasan atau ketetapan-ketetapan as-Sunnah. Sila rujuk firman Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w):
[Maksud: Dan barangsiapa yang melanggar batasan-batasan (yakni, ketentuan dan ketetapan) RasulNya setelah nyata baginya petunjuk (yakni, ketetapan tersebut ada di dalam as-Sunnah atau telah diberitahu) dan dia mengikut jalan selain jalan orang yang beriman (yakni, orang yang patuh berpandukan al-Quran dan as-Sunnah), Kami (Allah (a.w)) palingkan (mereka ke arah yang mereka tujui, yakni terus tersesat) dan akan Kami (Allah (a.w)) bakar mereka dalam Neraka Jahannam, dan Neraka itu adalah seburuk-buruk tempat kembali] [Ayat 115, Surah an-Nisa’]
Firman Allah (a.w):
[Maksud: Dan tidak boleh bagi seseorang orang beriman, lelaki dan perempuan, apabila Allah (a.w) dan RasulNya memutuskan sesuatu urusan atau perkara (mengenai syariat agama Islam) bahawa mereka memilih dari urusan mereka (yakni, dia mengikut kehendaknya atau kata hatinya sendiri atau mereka memilih untuk mengikut ketetapan atau pandangan atau ajaran orang lain), (mereka itu menderhaka terhadap Allah (a.w) dan RasulNya) maka barangsiapa yang menderhaka kepada Allah (a.w) dan RasulNya (yakni, tidak akur dengan ketetapan Allah (a.w) (yakni al-Quran) dan Rasulallah (s.a.w) (yakni, as-Sunnah)) sesungguhnya dia telah sesat dalam kesesatan yang nyata (yakni, jelas)] [Ayat 36, Surah al-Ahzab]


Pengamal Bida’ah Tidak Diakui Umat Muhammad (s.a.w)

Isu bida’ah itu adalah isu yang besar dan bukanlah isu yang remeh atau boleh diketepikan dengan mudah. Akibatnya amat membahayakan kepada amalan dan ibadah kita. Seseorang yang Islam yang beriman dan bertaqwa itu ingin mendapatkan keredhaan dan kerahamatan Allah (a.w) supaya mereka dapat syurga yang dijanjikan Allah (a.w). Semua yang Islam inginkan kejayaan di akhirat. Tetapi, mengamalkan bida’ah menyebabkan mereka terjerumus – mencari syurga tetapi dapat neraka, wal iyazubillah. Cuba kita teliti hadith ini:
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Pada suatu ketika antara kumpulan kami mengehendaki bertemu dengan Nabi (s.a.w) ketika itu Nabi (s.a.w) dalam keadaan mengantuk suatu rasa mengantuk yang amat sangat (yakni, kadangkala terjatuh kepalanya), kemudian diangkatnya kepalanya sambil tersenyum. ‘Maka bertanya aku (Anas) kepadanya: ‘Apakah yang (membuatkan) engkau wahai Rasulallah (s.a.w) tersenyum?’ ‘Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Telah diturunkan oleh Allah (a.w) atasku sebentar tadi satu surah

(Bismillahir-rahmanir-rahim@ Inna a’taina kal kauthar @ Fasalli-lirabbika wan-har@ Inna syaniaka hual abtar@)[2] [Maksud: Dengan nama Allah (a.w) yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Sesungguhnya Kami (Allah (a.w)) memberikan kepada engkau (Wahai Muhammad (s.a.w)) telaga al-Kauthar. Maka bersolatlah engkau kepada Tuhan engkau dan (sembelihlah) qurban. Sesungguhnya orang yang benci (kepada) engkau itu (yakni, tidak mengikuti syariat yang engkau bawakan)) terputuslah (dari apa-apa hubungan dengan engkau) (yakni, ditolak amalannya)’[Surah al-Kauthar].
‘Kemudian bersabda Nabi (s.a.w)(bertanya kepada para sahabat yang ada): ‘Apakah tahu engkau apa itu al-Kauthar?’ ‘Maka berkata aku (Anas): ‘Allah (a.w) dan Rasulnya sahajalah yang tahu.’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Maka sesungguhnya sungai (telaga) al-Kauthar itu menjanjikan padaku oleh Tuhan dalam Syurga, adapun gayungnya (atau pencedoknya) lebih banyak daripada hitungan bintang-bintang di langit. Akan datang kepadanya (yakni, ke telaga itu) umatku (untuk minum bagi menghapuskan kedahagaan yang amat sangat yang mereka alami semasa mereka berada di padang Makhsyar), maka ditolak (oleh Allah (a.w), yakni malaikat yang menjaganya) hamba-hamba (yakni, manusia) darinya. Maka bersabda aku (Nabi (s.a.w): ‘Ya Tuhanku (Allah (a.w))! Bukankah mereka (yang ditolak itu) dari umatku?’ ‘Maka berfirman Allah (a.w): ‘Sesungguhnya engkau (Muhammad (s.a.w)) tidak tahu apa-apa yang diperbaharui (yakni, membuat pembaharuan oleh umatmu terhadap syariatmu atau menyeleweng mereka dari syariatmu, seperti berbuat bida’ah) oleh mereka (tentang syariat ugamamu, yakni Islam) setelah engkau tiada (yakni, sesudah wafat Rasulallah (s.a.w)).’ [Hadith sahih an-Nasa’i & juga Hadith Muslim]
Hadith ini menjelaskan peristiwa turunnya Surah al-Kauthar. Juga, melalui Surah tersebut jugalah turunkan ayat atau kalimah ‘Basmalah’ itu. Kita semua tahu bahawa Basmalah itu dijadikan ayat pertama kesemua surah al-Quran kecuali Surat al-Bara’ah atau at-Taubah. Bagi kita yang sering membaca al-Quran kita akan temui bahawa ’Basmalah’ itu dijadikan Ayat 30 Surah an-Namli. Yang lebih penting diingati adalah isu ‘pembaharuan dalam urusan ugama Islam dan syariatnya’ atau apa yang secara umumnya dirujuk sebagai ‘bida’ah’ itu. Mereka yang membuatnya tidak diakui oleh Allah (a.w) umat Muhammad (s.a.w). Maka dengan itu mereka ditolak dan tidak mendapat syafaatnya dan semasa menunggu di padang makhsyar kelak selama 50 tahun mengikut kiraan tahun akhirat itu, mereka tidak dibenarkan minum air sungai atau telaga al-Kauthar!
[1] Mereka yang telah diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) supaya mengerjakan solat mereka sebagaimana beliau mengerjakan solat, tetapi mengerjakan solat mereka dengan cara dan kaedah yanglain adalah tergolong dari kalangan mereka yang engkarkan suruhan Rasulallah (s.a.w).
[2] Wahyu yang diterima oleh Rasulallah (s.a.w) tersebut merangkumi ‘Basmalah dan Surah al-Kauthar’ tersebut bersekali. Maksudnya, ‘Basmalah’ itu diturunkan sekali, bukanlah dibaca oleh Rasulallah (s.a.w) sebelum membacakan Surah al-Kauthar tersebut.

Golongan Islam yang Berjaya

Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa jika kita tidak berpegang teguh dengan as-Sunnah, maka sudah pasti akan timbul banyak perselisihan dan perbezaan amalan dan ibadah serta cara dan kaedah beribadah itu.
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhkan di kemudian hari nanti akan berpecah umatku (dalam hal atau perkara ugamanya) sebagaimana berpecahnya kaum Yahudi dan Nesrani dalam ugama mereka (iaitu tidak lagi berpandukan ugama yang dibawakan oleh Nabi Musa (a.s) mengikut sumber Kitab Taurat dan ugama Nabi Isa (a.s) mengikut sumber Kitab Injil). Berpecah umatku menjadi tujuh puluh tiga (73) firqah (atau golongan atau mazhab), tujuh puluh dua (72) firqah (mazhab atau golongan) (walaupun berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dari segi lahiriahnya tetapi) masuk Neraka dan satu (sahaja yang berjaya) masuk Syurga.’ Maka bertanya para sahabat: ‘Siapa golongan yang satu itu, ya Rasulallah (s.a.w)?’ Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Iaitu mereka yang mengikut jalanku (yakni, sunnahku atau as-Sunnah) dan jalan sahabat-sahabatku yang benar lagi diberi petunjuk oleh Allah (a.w)(yakni, ‘Khalifah ar-Rasyidin al-Mahdiyin’)(iaitu, Abu Bakar as-Siddiq, Omar ibni Khattab, Othman ibni Affan dan Ali bin Abi Thalib, radiallahu anhum).’ [Hadith sahih riwayat at-Termidzi, Ibnu Majah, Abu Daud, Ahmad ibnu Hambal, al-Hakim, dll]
Siapakah yang Islam dan berjaya mendapat syurga? Sesungguhnya seseorang yang sempurna amalan dan ibadahnya sendiri belum pasti masuk syurga! Kerana ganjaran syurga itu hanyalah atas ikhsan dan kerahmatan Allah (a.w) semata-mata. Itu haq Allah (a.w) menentukannya.
Namun begitu, kita telah dijanjikan Allah (a.w) syurga sekiranya kita [‘mentaati Allah (a.w)’ (yakni, ikuti al-Quran)] dan [‘mentaati Rasulallah (s.a.w)’ (yakni, ikuti as-Sunnah)]. Allah (a.w) juga mengancam kita bahawa jika kita melanggar batas-batas atau ketetapan-ketetapan Allah (a.w) dan batas-batas dan ketetapan-ketetapan Rasulallah (s.a.w), kita akan terjerumus atau dimasukkan oleh Allah (a.w) ke dalam neraka. Maka dengan itu, jika kita ‘taatkan Allah (a.w)’ dan ‘taatkan Rasulallah (s.a.w)’ dan tidak melanggar batas-batas dan ketetapan-ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), kita dijamin syurga. Mengapakah orang Islam yang ‘mentaati Allah (a.w)’ dan ‘mentaati Rasulallah (s.a.w)’, kekal tidak mendapat syurga? Ini diperjelaskan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith-hadith berikut:
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Dan bahawasanya orang-orang Yahudi (bani Israil) telah berpecah-pecah (pada iktiqad mereka itu) atas 72 jalan (golongan atau mazhab atau firqah). Maka berpecah umatku (yakni, umat Islam) atas 73 jalan, kesemuanya dalam Neraka (yakni, amalan dan ibadat mereka tidak diterima Allah (a.w), yakni kafir mereka) melainkan satu jalan golongan. ‘Berkata Abdullah bin ‘Amru (r.a): ‘Maka bertanya sahabat-sahabat Nabi (s.a.w) kepada Nabi (s.a.w): ‘Apa dia jalan yang lepas dari Neraka itu, ya Rasulallah (s.a.w)?’ ‘Jawab Rasulallah (s.a.w): ‘Iaitu barang yang aku ada berjalan atasnya (yakni, apa yang aku amal, ibadatkan dan buat atau ajarkan, tegahkan (yakni Sunnahnya) (yakni, al-Hadith)) dan jalan sahabat-sahabatku (iaitu, ‘khalifah ar-Rasyidin al-Mahdiyin’ yang empat)(yakni, sunnah khalifah tersebut).’ [Hadith gharib at-Termidzi, dan Ibnu Majah]
Hadith di atas jelas bahawa sesiapa yang beramal dan beribadah dalam mentaati Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) berpandukan as-Sunnah sahaja yang berjaya mendapat syurga. Yang majoriti tidak dapat syurga kerana mereka menyalahi ketetapan yang ketiga iaitu tidak berpandukan as-Sunnah dalam beramal dan beribadah dan menjalani kehidupan mereka di dunia. Dan juga, melalui sepotong hadith lain, umat Islam yang tidak berada dalam jemaah Islam yang satu, iaitu jemaah Islam yang berpandukan as-Sunnah, juga tidak masuk syurga. Justeru itu, kita wajib berada dalam jemaah as-Sunnah bukan berada dalam jemah lainnya, bukanlah berada dalam jemaah yang berlandaskan perkumpulan atau mazhab. Kita lihat hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Muawiyah (r.a) berkata bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Ketahuilah, sesungguhnya orang-orang Ahli Kitab (yakni, Yahudi dan Nesrani) yang sebelum kamu (yakni, Islam) telah berpecah kepada 72 firqah (mazhab), dan sesungguhnya umat ini (yakni, umat Islam) akan berpecah kepada 73 firqah (mazhab), 72 golongan dalam neraka dan satu golongan sahaja dalam syurga, mereka inilah yang mengikuti jemaah[1].’ [Hadith Bukhari dan Hadith at-Termidzi[2]]
Hanya jemaah umat Islam yang berpandukan as-Sunnah semata-mata yang berjaya mendapat syurga.


Golongan Yang Rugi

Dua hadith di atas itu jelas memberitahu dan mengingatkan kita yang Islam bahawa di akhir zaman kelak, bermula zaman kita ini, umat Islam akan berpecah sebagaimana kaum Yahudi dan Nesrani berpecah. Ada wujud ketika itu sejumlah 73 firqah atau mazhab atau kumpulan umat Islam yang kesemuanya berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, tetapi hanya satu kumpulan atau golongan sahaja yang berjaya mendapat syurga, iaitu mereka yang berpandukan as-Sunnah dan sunnah khalifah yang empat selepas kewafatan beliau. Dan, mereka yang mengikuti as-Sunnah dan sunnah khalifah yang empat itu adalah di dalam suatu jemaah yang satu, iaitu Jemaah as-Sunnah.
Di dalam hadith berikut pula diperjelaskan lagi perkara ini. Rasulallah (s.a.w), pada suatu hari, memberi ceramah kepada para sahabat di mana Irbad bin Sariah (r.a) ada bersama. Apakah pesanan Rasulallah (s.a.w) yang seolah-olah memberi satu wasiat terakhir kepada para sahabat?
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman bin ‘Amrin as-Salami dan Hujran bin Hujrin berkata keduanya: ‘Datang kami kepada (yakni, menemui ‘Irbad) Irbad bin Sariyah (r.a) dan dia dari orang yang telah menjadi (asbabul nuzul) turunnya ayat ‘(Wala ‘alal-lazina iza ma atauka litahmilahum qulta la ajidu ma ahmilakum ‘alaihi) [Maksud: Dan tidak berdosa atas orang yang ketika apa-apa datang mereka kepada kamu (Muhammad (s.a.w)) nescaya memuatkan mereka (atas kenderaan kamu), berkata engkau: ‘Tidak menjumpai apa-apa yang memuatkan mereka atasnya’] [Ayat 91, Surah at-Taubah[3]]. Maka memberi salam kami (kepada ‘Irbad), (sambil berkata): ‘Datang kami kepada engkau (kepada Irbad) menziarahi kamu dan menjengok kami atas engkau dan mencari ilmu kami kepada engkau.’ Maka berkata ‘Irbad (r.a): ‘Bersolat kami bersama-sama Rasulallah (s.a.w) suatu hari, kemudian (selepas solat) dia mengadap atas kami, maka memberi nasihat suatu nasihat yang jelas, membuatkan mengalir (air mata) dari mendengar nasihat itu beberapa mata dan menggerunkan daripada mendengar (nasihatnya) beberapa hati, maka berkata aku bertanya: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Seakan-akan ini nasihat ‘selamat tinggal’ (atau meminta diri untuk pergi meninggalkan kami), maka apakah pesanan engkau atas kami?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Aku mewasiatkan kepada kamu dengan taqwa (takutkan) Allah (a.w) dan wajib atas kamu mendengar (perintah pemimpin) dan dengan taat (akan perintah pemimpin), dan sesungguhnya jika seorang hamba Habsyi sekalipun (menjadi pemimpin kamu). Maka sesungguhnya barangsiapa yang panjang umur di antara kamu selepas peninggalanku (atau ketiadaanku) maka akan melihat perselisihan yang banyak. Maka wajib atas kamu sekelian (berpegang) dengan sunnahku dan sunnah khalifah (yakni, penggantiku) al-mahdiyin ar-rasyidin, menetapilah (yakni, peganglah) denganya (yakni, kedua-dua sunnah tersebut) dan gigitlah atasnya (yakni kedua-dua sunnah tersebut) dengan gigi gerahamkamu, dan jauhilah pembaharuan dalam perkara atau urusan ugama, maka sesungguhnya tiap-tiap pembaharuan kepada perkara atau urusan ugama adalah bida’ah, dan tiap-tiap bida’ah adalah kesesatan.’ [Hadith Abu Daud & juga at-Termidzi, katanya hadith hasan sahih]
Mengikut Irbad (r.a) nasihat Rasulallah (s.a.w) itu mengalirkan air mata para sahabat kerana kesedihan kerana apabila sempurna syariat Islam pastilah Rasulallah (s.a.w) akan meninggalkan mereka. Dan, juga menakutkan hati para sahabat mendengarnya kerana kemungkinan mereka tergolong dari kalangan golongan yang tersesat walaupun dalam Islam. Pesanan Rasulallah (s.a.w) merangkumi perkara-perkara atau perintah berikut:

· Hendaklah jemaah Islam sentiasa betaqwa (takutkan Allah (a.w);

· Wajib atas umat Islam atau jemaah Islam itu mendengar serta taatkan perintah dan suruhan pemimpin Islam yang memimpin mereka (walaupun mereka benci);

· Mereka wajib berpegang kuat atas as-Sunnah – sunnah beliau dan sunnah khalifah yang empat selepas beliau; dan

· Jauhi diri daripada bida’ah kerana bida’ah adalah kesesatan, dan setiap kesesatan menjerumuskan umat Islam ke dalam neraka.

Pada zaman itu, sabda Rasulallah (s.a.w), umat Islam akan mengalami perpecahan dan akan wujudnya pelbagai golongan atau perkumpulan atau mazhab. Jelaslah, Rasulallah (s.a.w) melarang umat Islam berpecah dan penubuhkan perkumpulan atau mazhab dan sebagainya. Tetapi realitinya, mengikut beberapa hadith, itu akan berlaku kerana umat Islam tidak berpandukan kepada as-Sunnah (yakni, sunnah beliau dan sunnah para khalifah yang empat).


Larangan Berfirqah atau Bermazhab

Maka dengan itulah Allah (a.w) mengingatkan kita di dalam al-Quran, Islam itu satu jemaah dan umat Islam itu satu ummah. Allah (a.w) melarang kita berkelompok atau berkumpulan atau berfirqah (yakni, bermazhab)! Ini disebutkan di dalam firman Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w): [Maksud: Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (a.w)(yakni, ugama Allah (a.w), iaitu Islam, yang syariatnya berasaskan al-Quran dan al-Hadith atau as-Sunnah) dan janganlah kamu berfirqah-firqah (yakni, berpecah belah dan berpuak-puak atau berkumpulan atau bermazhab secara terasing) dan ingatlah akan ni’mat Allah (a.w) atas kamu ketika ada kamu bermusuh-musuhan dalam hati-hati kamu antara satu sama lain (yakni, sebelum datangnya Islam atau Rasulallah (s.a.w) diutuskan masyarakat Islam itu berpuak-puak, berkumpulan, berfirqah, bermazhab, dan mereka berperang satu puak dengan puak yang lain, bermusuh-musuhan sesama sendiri dan antara puak-puak atau kelompok, yakni masyarakat jahiliah) maka Allah (a.w) menjadikan kamu dengan ni’matNya (yakni, ugama Islam) kamu semua bersaudara (yakni, satu ummah) dan adalah kamu atas tepi jurang Neraka (yakni, tanpa Islam itu dan jika mereka tidak Islam sudah pastilah mereka mengalami neraka dunia kerana persengketaan sesama mereka dan apabila mati dimasukkan ke dalam neraka kerana mengkufuri Allah (a.w) dan syirik terhadap Allah (a.w)), maka menyelamatkan (Allah (a.w) sekelian kamu) darinya (yakni, jurang Neraka itu), maka demikian itulah Kami (Allah (a.w)) terangkan bagi sekelian kamu tanda-tanda (kebesaran Allah (a.w)) mudah-mudahan kamu sekelian (umat Islam) mendapat hidayah (atau petunjuk, yakni mengikuti perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w)).] [Ayat 103, Surah ali-Imran]
Pada awal-awal lagi Allah (a.w) sudah mengingatkan kita yang Islam supaya jangan berpecah, jangan berfirqah, jangan menubuhkan perkumpulan atau mazhab. Umat Islam itu satu ummah dan satu jemaah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, tidak berpandukan manusia yang menetapkan pelbagai perkara yang tidakpun terdapat di dalam perintah Allah (a.w) dan perintah Rasulallah (s.a.w).
Allah (a.w) menyuruh umat Islam hanya mengabdikan atau memperhambakan diri mereka kepadaNya semata-mata. Perhambaan itu hendaklah berpandukan hanya panduan al-Quran dan as-Sunnah. Hanya Allah (a.w) dan RasulNya yang menetapkan cara dan kaedah serta bentuk-bentuk amalan dan ibadah serta panduan hidup yang diredhainya berpandukan semata-mata al-Quran dan as-Sunnah. Benar, Allah (a.w) juga menyuruh umat Islam itu taatkan kepimpinan mereka, dalam ayat berikut:
Firman Allah (a.w):


[Maksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatkanlah Allah (a.w) dan taatkanlah Rasulallah (s.a.w) dan ‘ulil amri’ (mereka yang memiliki perkara yakni imam atau amir jemaah Islam) dari kalangan kamu; maka jika berselisihan faham kamu di dalam sesuatu (terutama, syariat Islam), maka kembalilah (yakni, rujuk) kepada Allah (a.w)(yakni, al-Quran) dan Rasulallah (s.a.w)(yakni, al-Hadith atau as-Sunnah), jika adapun kamu beriman dengan Allah (a.w)(yakni, Islam dan beriman) dan (beriman dengan) hari akhirat (yakni, hari pembalasan, atau Qiamat), demikian itu sebaik-baik keputusan yang terbaik.][Ayat 59, Surah an-Nisa’]
Tetapi, kita lupa bahawa kita mentaati ‘ulil amri’ itu hanya setakat mentaati perkara-perkara yang dibolehkan oleh al-Quran dan as-Sunnah semata-mata. Ketetapan pemimpin Islam (ulil amri) tidak termasuk ketetapan yang bertentangan dengan perintah dan ketetapan Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan perintah dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (yakni, as-sunnah). Ulil amri tidak ada mandat membatalkan atau meminda atau mengubahsuai perintah dan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Kerana, Islam ugama yang diciptakan oleh Allah (a.w) untuk diikuti oleh hambaNya dan Rasulallah (s.a.w), melalui perantaraan malaikat Jibrail (a.s) dan wahyu, menerimanya dan menyampaikannya dan mengajarkan hambaNya. Hanya Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) sahaja yang tahu dengan sempurna apa dia Islam dan syariatnya! Tambahan pula, firman Allah (a.w) tersebut mengingatkan kita bahawa jika umat Islam berselisih pendapat dan pandangan, mereka perlu merujuk semula untuk penyelesaian dan keputusan kepada hanya al-Quran dan as-Sunnah. Allah (a.w) tidak menyuruh umat Islam merujuk kepada ulil amri tentang Islam dan syariatnya. Dalam perkara yang tidak melibatkan Islam dan syariatnya, khususnya dalam perkara keduniaan, boleh merujuk kepada ulil amri, itupun bersyarat. Syaratnya? Jangan bertentangan dengan ketetapan dan perintah Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan perintah dan ketetapan Rasulallah (s.a.w)(yakni, as-Sunnah).
Justeru itulah, penting kita fahami bahawa umat Islam ada jemaahnya. Apabila ada jemaahnya adalah kepimpinannya (ulil amri). Bila ada kepimpinannya adalah pertalian rasmi antara kepimpinan dengan jemaahnya (yakni, perjanjian ikrar taat setia, iaitu bai’at). Jemaah Islam wujud sebagai suatu ummah dalam persaudaraan dalam Islam, diuruskan oleh ulil amri. Dalam pada itu kita wajib ingat bahawa Islam bukanlah ugama dalam erti kata konvensyen (conventional) yang difahami oleh masyarakat bukan Islam. Islam adalah satu cara hidup yang merangkumi kesemua aspek dan dimensi kehidupan manusia itu sebelum matinya.
Tata susila dan tata kelakuan jemaah terhadap pemiminnya merangkumi peradaban yang rapi, sebagaimana yang disebutkan di dalam Ayat al-Quran berikut:
Firman Allah (a.w): [Maksud: Sesungguhnya orang-orang mukmin (beriman) itu adalah mereka yang beriman kepada Allah (a.w) dan RasulNya, dan ketika ada beserta mereka sesuatu perkara melibatkan jemaahnya tidak pergi mereka (yakni, meninggalkan jemaah mereka) sehingga meminta izin mereka (daripada imam atau amir mereka), sesungguhnya mereka yang meminta izin (adalah) daripada demikian orang yang beriman dengan Allah (a.w) dan RasulNya. Maka ketika meminta izin mereka dari kamu (ya, Muhammad), maka izinkanlah pada sebahagian mereka keperluan mereka barangsiapa yang engkau kehendaki dan pohonkanlah (yakni, doakanlah) keampunan bagi mereka sesungguhnya Allah (a.w) itu maha Pengampun lagi maha Penyayang.’] [Ayat 62, Surah an-Nur]
Umat Islam itu hendaklah penuh sopan dengan menghormati kepimpinan mereka (ulil amri). Ini disebutkan dalam firman Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w): [Maksud: Janganlah kamu (umat Islam) jadikan panggilan terhadap Rasulallah (s.a.w) itu (sebagai panggilan) diantara kamu seperti panggilan sebahagian atas sebahagian yang lain (yakni, tidaklah boleh oarng Islam itu menyamakan kedudukan Rasulallah (s.a.w) dengan kedudukan umat Islam yang lain, yakni, hendaklah dihormati dia sebagai Utusan Allah (a.w) dan pemimpin jemaah Islam), sesungguhnya Allah (a.w) maha mengetahui mereka yang meminta izin (dari meninggalkan jemaah untuk sesuatu urusan) dan yang tidak meminta izin di antara kamu sekelian, (yang meninggalkan jemaah tanpa izin itu) nescaya menyimpang kamu, maka takutlah mereka yang berselisihan (atau memisahkan) dari jemaah apabila ditimpa kerosakan (atau fitnah atau cobaan) atau ditimpa azab yang pedih (yakni, dimasukkan ke dalam neraka).]’ [Ayat 63, Surah an-Nur]
Di dalam firman Allah (a.w) berikut, kita yang Islam diperingatkan semula bahawa kita wajib berpandukan al-Quran dan as-Sunnah semata-mata dan kita tidak sekali-kali dibenarkan ikuti lain-lainpanduan atau pegangan. Jika kita ikuti selain al-Quran dan as-Sunnah akan tergelincirlah kita dalam usaha mencari siratul mustaqim itu:
Allah (a.w) berfirman: [Maksud: Dan sesungguhnya inilah (yakni, al-Quran dan al-Hadith itu) jalanKu yang lurus maka ikutilah dia dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain (yakni, jalan-jalan yang didorongkan oleh orang lain selain Rasulallah (s.a.w) dan khalifah yang empat itu) nanti kamu akan menyimpang dari jalanNya (yakni, tergelincir atau tersesat daripada ‘silatur mustaqim’ itu), dan demikian itulah diperintahkan Allah (a.w) kepada kamu supaya bertaqwa (kepadaNya).] [Ayat 153, Surah al-An’am]
Kemudian di dalam firman berikut pula, kita sekali lagi diperingatkan bahawa apabila kita sudah tahu perintah dan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) itu, kita tidak boleh memilih kepetapan atau perintah pihak yang lain, yakni kita tidak endahkan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Perbuatan sedemikian adalah satu penderhakaan terhadap Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w).
Contoh: Allah (a.w) memerintahkan sesiapa sahaja yang memiliki ilmu mengenai Islam (ilmu dari al-Quran atau al-Hadith), wajib disampaikan kepada orang lain. Sama ada dipinta atau tidak dipinta, sampaikan! Justeru itu, mana-mana pihak yang menghalang seseorang yang berilmu menyampaikan ilmunya kepada orang lain, dalam apapun forum, maka itu adalah suatu maksiat terhadap Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Ulil amri tidak berhak membatasi pengajaran dan penyampaian ilmu yang haq, iaitu ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah.
Firman Allah (a.w): [Maksud: Dan tidak boleh bagi seseorang orang mukmin lelaki dan perempuan apabila Allah (a.w) dan RasulNya memutuskan sesuatu urusan (mengenai syariat Islam) bahawa mereka memilih dari urusan mereka (yakni, dia mengikut kehendaknya sendiri atau mereka memilih untuk mengikut perintah atau pandangan atau ajaran orang lain yang mengketepikan al-Quran dan as-Sunnah), maka barangsiapa yang menderhaka kepada Allah (a.w) dan RasulNya sesungguhnya dia telah sesat dalam kesesatan yang nyata (yakni, tidak dapat jalan Allah (a.w), ‘siratul Mustaqim’ ke syurga).] [Ayat 36, Surah al-Ahzab]
Di dalam ayat berikut Allah (a.w) sekali lagi melarang umat Islam mengadakan perkumpulan yang berasingan atau terasing. Malah mereka yang menubuhkan perkumpulan yang tidak bersandarkan al-Quran dan as-Sunnah, tidak diakui umat Rasulallah (s.a.w). Apabila tidak diakui umat Rasulallah (s.a.w) akibatnya sebagaimana yang disebutkan di dalam Surah al-Kauthar yang kita rujuk sebelum ini.
Allah (a.w) berfirman: [Maksud: Sesungguhnya orang-orang yang membahagi-bahagikan ugama mereka (yakni, berfirqah-firqah atau bermazhab-mazhab) menjadi beberapa golongan (yakni, firqah atau mazhab) itu, bukanlah engkau (Muhammad) dari (golongan mereka) tentang apapun (yakni, bukanlah pengamalnya umat Muhammad (s.a.w)). Tidak lain urusan mereka melainkan kembali kepada Allah (a.w) (akhirnya), kemudian Dia (Allah (a.w)) akan menerangkan kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan (yakni, dimana silapnya mereka)] [Ayat 159, Surah al-An’am]
Di dalam hadith berikut, Allah (a.w) menyukai umat Islam berada dalam satu jemaah Islam yang satu. Allah (a.w) sukakan umatnya berada dalam jemaah. Justeru itu pergerakan dalam jemaah yang berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah digalakkan dalam Islam:
Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhnya Allah (a.w) redha (yakni, sukakan) bagi kamu tiga perkara: (pertama) tidak menyekutukan akan Dia (Allah (a.w))(yakni, syirik) dengan sesuatu apapun, (kedua) dan bahawa berpegang teguh dengan tali Allah (a.w) (yakni, ugama Allah (a.w), iaitu ugama Islam) secara berjemaah, dan (ketiga) jangan berpecah belah (atau berfirqah-firqah atau bermazhab-mazhab); dan benci Allah (a.w) bagi kamu tiga perkara (iaitu) (pertama) banyak berkata-kata dan bercakap-cakap, dan (kedua) banyak soal (tentang ugamanya, yakni segala sesuatu di dalam al-Quran dan al-hadith) dan (ketiga) pemboros atau membazirkan harta.’ [Hadith Muslim]
Di dalam hadith berikut sesiapa yang menyendiri dan tidak mahu masuk dalam jemaah Islam yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah sangat dibenci Allah (a.w). Malangnya, dewasa ini ada jemaah Islam tetapi tidak berpandukan kepada al-Quran dan as-Sunnah atau mereka berpandukan pelbagai kitab dan ajaran dan sedikit sekali al-Quran dan as-Sunnah. Ada yang langsung tidak berpandukan al-Quran ataupun as-Sunnah. Pemimpin mereka yang sendiri jahil tentang Islam dan syariatnya (berpandukanal-Quran dan as-Sunnah) memimpin jemaah mereka yang sememangnya jahil. Jemaah yang berteraskan al-Quran dan as-Sunnah semata-mata pula dipantau kerana mereka yang memantau sendiri kurang faqih dengan al-Quran dan as-Sunnah.
Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Omar (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya Allah (a.w) tidak mengumpulkan umatku (atau, dalam satu riwayat lain, firman Allah (a.w)) umat Muhamamad (s.a.w)) atas kesesatan dan tangan (yakni, pertolongan Allah (a.w)) beserta jemaah dan barangsiapa bersendirian (atau menyendiri) (yakni, tidak mahu mengamalkan Islam secara berjemaah) masuk dia ke dalam Neraka.’ [Hadith sahih at-Termidzi]
Maka dengan itulah, akan terjadi apa yang disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam sabdanya dalam hadith berikut. Yang penting, pentadbir ugama Islam hendaklah meneliti dan memantau jemaah yang tidak berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, kerana sudah pasti mereka sesat dan akan sesat, hanya menunggu masa sahaja. Ini ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w).
Diriwayatkan hadith daripada Abi ‘Amirin Hauzani (r.a) katanya daripada Muawiyah bin Abi Sufiyan (r.a), berkata (‘Amirin): ‘Bahawasanya berdiri Abu Sufiyan di kalangan kami, maka berkata dia (Muawiyah)(ketika itu Muayiwah adalah Amirul Mukminin (khalifah) atau ketua umat Islam selepas Ali (r.a)): ‘Ingatlah bahawasanya Rasulallah (s.a.w) telah berdiri di kalangan kami, maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ingatlah sesungguhnya barangsiapa sebelum kamu sekelian daripada ahli-ahli kitab (yakni, kaum Yahudi dan Nasrani) berpecah belah (yakni, berfirqah-firqah) mereka dalam ugamanya, dan bahawasanya ini ugama Islam berpecah (yakni, berfirqah-firqah) atas 73 golongan, 72 golongan (masuk) di dalam Neraka, dan satu golongan (sahaja) masuk Syurga, dan golongan ini (adalah mereka yang) berjemaah (yakni, mengamalkan syariat Islam secara berjemaah)[4].’ [Hadith sahih Abu Daud]
Di dalam hadith berikut pula lagi penting kita beri perhatian ketetapan Islam itu. Walaupun tidak dijadikan perundangan di Malaysia, pada Allah (a.w), ianya satu ketetapan yang tidak boleh dipersoalkan. Seseorang yang Islam tidak boleh dibunuh, kecuali kerana tiga sebab, dan satu daripadanya meninggalkan jemaah. Justeru itu dalam Islam seseorang yang sudah Islam tidak boleh murtad atau meninggalkan Islam, jika mereka meninggalkan Islam wajar mereka dibunuh.
Diriwayatkan hadith daripada Masruqin (r.a) hadith daripada Abdullah (r.a) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Tidak halal darah seseorang Islam yang bersyahadah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah (a.w) dan aku (Muhammad (s.a.w)) adalah Pesuruh Allah (a.w), kecuali tiga golongan: (pertama) orang sudah berkahwin berzina, (kedua) dan diri atas diri (maksudnya, membunuh orang Islam lain atau membunuh diri sendiri), dan (ketiga) meninggalkan ugamanya dengan berpisah daripada jemaah.’ [Hadith Muslim]
Islam mengutamakan jemaah. Umat Islam berada atau sepatutnya berada dalam suatu jemaah Islam. Malah seseorang yang Islam meninggalkan jemaahnya jatuh kafir dan jika mati tetap di luar jemaah Islam, maka mati mereka dalam keadaan jahiliah, yakni kafir. Jelaslah, jemaah itu amat penting dalam Islam. Bukanlah ia satu rekaan manusia, tetapi perintah Allah (a.w).
Diriwayatkan hadith daripada Khalid bin Wahban (r.a) katanya daripada Abi Zarr (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa memisahi (yakni, keluar dari) jemaah walaupun sejengkal (yakni, tidak menerima sesuatu ketetapan, keputusan ataupun peraturan dllnya) maka sungguh-sungguh tercabut (atau mencabut) tali (ugama) Islam dari lehernya (yakni, tidaklah lagi dia menjadi orang Islam).’ [Hadith sahih Abu Daud]
Kita telah teliti firman Allah (a.w) mengenai jemaah dalam Islam. Kita telah lihat pula ketetapan Rasulallah (s.a.w) menyentuh isu jemaah dalam Islam. Rasulallah (s.a.w) memperjelaskan lagi utamanya jemaah dalam Islam itu. Menubuhkan dan menghidupkan semula jemaah Islam berpandukan al-Quran dan as-Sunnah wajib, mengikut hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Harith as-Syaari (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Dan aku memerintahkan sekelian kamu dengan lima perkara. Allah (a.w) memerintahkan aku dengan lima perkara ini. (Pertama) Berjemaah, dan (kedua) mendengar, dan (ketiga) taat, dan (keempat) berhijrah (yakni, zaman Nabi (s.a.w) orang Islam diperintahkan berhijrah ke Madinah apabila orang kafir musyrik menghalang mereka Islam, mengamalkan dan menyebarkan Islam. Kalau sekarang jika kita tidak dapat mengamalkan syariat Islam yang haq dan benar itu, umat Islam digalakkan berhijrah juga), dan (Kelima) berjihad di dalam jalan Allah (a.w) [Nota: Belajar dan mengajar dan menyebarkan syariat Islam yang haq itu adalah termasuk dalam istilah berjihad di jalan Allah (a.w)]. Maka bahawasanya barang siapa yang keluar dari jemaah walaupun sejengkal (atau kerana sesuatu perkara atau peraturan dll) maka sungguh-sungguh tercabut tali (ugama) Islam dari lehernya (yakni, keluar Islam) kecuali dia kembali (yakni, bertaubat dia), dan barang siapa mengajak dengan ajakan jahiliah (yakni, ajakan atau mengajar atau menyuruh orang beramal dan beribadat dengan sesuatu yang tidak termasuk dalam syariat Islam mengikut al-Quran dan al-Hadith) maka dia dari isi Neraka Jahanam’.
Maka berkata (para sahabat): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Dan dia itu berpuasa dan bersolat?’ Maka sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Dan jika dia berpuasa dan bersolat sekalipun!’ Maka bersabda lagi Rasulallah (s.a.w): ‘Jika berpuasa dan bersolat dan menyangka orang itu sesungguhnya dia Islam. Maka memanggillah akan orang Islam dan orang beriman itu dengan nama-nama mereka atas apa-apa nama mereka yang dikurniakan oleh Allah (a.w)(yakni, nama sebenar mereka, yakni jangan menggunakan nama-nama jolokan atau gelaran yang tidak baik), dan memanggillah orang-orang Islam dan orang beriman itu (dengan nama sebenarnya, kerana mereka) adalah hamba Allah (a.w).’ [Hadith sahih Imam Ahmad Ibnu Hanbal][5]
Dalam hadith di atas itu, kita diperingatkan lagi bahawa hendaklah kita berpandukan al-Quran dan as-Sunnah sahaja. Janganlah kita mengajarkan orang Islam lain sesuatu yang tidak ada dalam al-Quran dan as-Sunnah. Akibatnya berat. Berusaha mencari syurga, dapat neraka. Maka dengan itulah wajib kita beri perhatian yang utama kepada bida’ah, kerana bida’ah adalah ajakan jahiliah atau kesesatan kerana keimanan hanya bergantung kepada al-Quran dan as-Sunnah bukan pandangan atau pendapat manusia.

[1] ‘Jemaah’ di sini bermaksud ‘ahli as-Sunnah wal-Jamaah’, iaitu mereka yang beramal dan beribadat semata-mata berpandukan dua sumber iaitu al-Quran dan al-Hadith. Sila rujuk Bab 15 untuk mengetahui sifat-sifat dan ciri-ciri ahli as-Sunnah wal-Jamah itu.
[2] Di dalam hadith at-Termidzi itu dijelaskan bahawa golongan yang satu yang berjaya mendapat syurga itu adalah ‘mereka yang mengikuti jalan atau sunnah Rasulallah (s.a.w) dan jalan atau sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin’ – yang berpandukan semata-mata al-Quran dan al-Hadith.
[3] Seperti dijelaskan di dalam Surah at-Taubah, perihal orang Islam yang munafiq apakala disuruh Rasulallah (s.a.w) memerangi kafir musyrik Mekah ada yang memberi pelbagai alas an untuk tidak pergi. Maka mereka dilaknat Allah (a.w). Banyak ayat al-Quran menyebut peristiwa kelakuan munafiq ini. ‘Irbad seorang yang miskin tidak mempunyai apa-apa kenderaan untuk turut sama berjihad. Maka dia menemui Rasulallah (s.a.w) untuk turut samatetapi tiada kenderaan dan kelengkapan, maka tidak dapat dibantu oleh Rasulallah (s.a.w), maka tidaklah dia dapat pergi sama. Maka sedihlah dia. Apabila turut ayat mencela mereka yang tidak ikut sama Rasulallah (s.a.w) berperang, bertambah runsinglah dia takut tergolong dalam kalangan mereka yang digam munafiq oleh Allah (a.w). Maka turun ayat ini untuk menenangkan hati ‘Irbad dan beberapa orang Islam lain yangjuga tidak dapat turut berperang kerana sebab-sebab yang diterima Islam seperti sakit, uzur, tua dan sebagainya.
[4] Di dalam hadith lain disebutkan bahawa golongan yang satu itu adalah mereka yang beramal dan beribadat berpandukan jalan atau sunnah Rasulallah (s.a.w) dan jalan atau sunnah sahabat yang empat, atau khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin, yang berpandukan dua sumber ilmu dan amalan iaitu Al-Quran dan Al-Hadith. Rujuk hadith riwayat at-Termidzi. Di dalam hadith lain pula Rasulallah (s.a.w) menyatakan bahawa semua umat Islam masuk syurga kecuali mereka yang engkarkan perintah dan suruhan beliau.
[5] Seperti dijelaskan di dalam Bab 14 sebelum ini bahawa ada sejumlah 49 kitab atau perawi hadith, seorang daripadanya adalah Imam Ahmad ibnu Hanal. Imam as-Shafie juga seorang perawi dan pengumpul hadith dalam 49 tersebut.

Ilmu Yang Haq

Apakah ilmu yang wajib manusia yang Islam itu pelajari? Bagaimana umat Islam boleh menghilangkan kejahilan mereka tentang Islam dan syariatnya? Bagaimana umat Islam boleh beramal dan beribadah sejajar dengan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w)? Ini diperjelaskan di dalam hadith berikut:
Sabda Rasulallah (s.a.w): (Taraktu fikum amraini lan tadillu ma tamasaktum bihima, hua kitabbullahi wa-sunnatu nabii) [Maksud: Aku tinggalkan kepada kamu sekelian dua perkara, tidak sekali-kali akan sesat kamu sekelian selama-lamanya, sesiapa yang berpegang dengan kedua-duanya, iaitu Kitab Allah (a.w)(yakni, al-Quran) dan sunnah NabiNya (yakni, al-Hadith)][1].’ [Hadith sahih A. Malik, al-Hakim, at-Termidzi, Ahmad ibni Hanbal, at-Tobrani, ad-Dalamii, dll]
Jelaslah ilmu yang wajib umat Islam pelajari dan jadikan panduan amalan dan ibadah serta panduan hidup mereka adalah al-Quran dan as-Sunnah. Jika mereka berpandukan kedua-duanya maka pasti tidak sesat mencari dan memperoleh siratul mustaqim – jalan ke syurga itu dan selamatlah dia di dunia dan di akhirat. Maka dengan itulah di dalam Jemaah ilmu yang disampaikan adalah ilmu al-Quran dan as-Sunnah.
Di dalam hadith berikut disebutkan juga bahawa ada tiga ilmu yang wajib umat Islam kuasi, dan lain-lain ilmu baik untuk dunianya, tetapi ilmu yang tiga itu baik untuk dunia dan untuk akhirat umat Islam:
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Amru bin ‘As (r.a) hadith daripada Nabi (s.a.w) yang bersabda: (Al-Ilmu thalathatun, fa wara a zalika fahua fadlun: Ayatun mukhkamatun, au sunnatun qaimatun, au faridatun ‘adilatun) [Maksud: Adapun ilmu yang utama (yakni, yang wajib dipelajari dan dijadikan panduan hidup seorang Islam untuk mengabdikan diri kepada Allah (a.w) dengan jayanya) itu tiga; maka di belakang (yang tiga itu) adalah baik (dikuasai juga): iaitu Ayat-ayat yang menghukum (yakni, al-Quran), atau sunnah yang tegak (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith) atau Hukum Faraid yang ‘adil][Hadith #43, ibnu Majah, Kitab Mukaddimah & juga Hadith Abu Daud]
Sebagai seorang Islam yang berada di landasan yang haq, kita wajib ikuti as-Sunnah, kerana itu telah diperintah oleh Allah (a.w) dalam firmanya bahawa barangsiapa mentaati Rasulallah (s.a.w) maka mereka mentaati Allah (a.w). Justeru itu, sesiapa yang tidak akur dengan ketetapan Rasulallah (s.a.w), yakni ketetapan al-Hadith, maka mereka engkarkan Allah (a.w):
Allah (a.w) berfirman:

[Maksud: Barangsiapa taatkan Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti as-Sunnah) sungguh-sungguh mereka telah mentaati Allah (a.w) (kerana Rasulallah (s.a.w) menyampaikan perintah Allah (a.w))’ [Ayat 80, Surah an-Nisa’]
Dan, maka dengan itulah Allah (a.w) memerintahkan kita yang Islam (malah manusia seluruhnya) supaya amal dan ibadahkan apa-apa yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) dan jangan amalkan sesuatu yang ditegahnya. Ini adalah ketetapan Allah (a.w) di dalam firmanNya berikut:
Firman Allah (a.w):
[Maksud: ‘Apa-apa yang dibawakan oleh Rasul itu hendaklah kamu ambil (yakni, diamal dan diibadatkan) dan apa-apa yang ditegah oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah kamu jauhi atau tinggalkan.’[Ayat 7, Surah al-Haysr]
Perintah ini diulangi pula oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadithnya, iaitu:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘(Kamu) Biarkan (apa-apa) yang aku tinggalkan kepada kamu sekelian maka sesungguhnya rosak (sebagaimana) rosaknya barangsiapa (yakni, kaum-kaum) yang ada sebelum kamu sekelian dengan memperbanyakkan soal (terhadap nabi-nabi mereka) dan berbanyak perselisihan di kalangan mereka atas nabi-nabi mereka. Maka ketika memerintah aku kepada kamu sekelian maka kamu sekelian ambillah apa-apa (yang diperintahkan) semampu kamu, dan ketika melarang aku atas kamu sekelian dari sesuatu maka hendaklah kamu tinggalkan (atau hentikan).’ [Hadith #2, Ibnu Majah][2]
Mengikuti as-Sunnah itu adalah wajib atas kita semua. Itu perintah Allah (a.w) dan perintah Rasulallah (s.a.w). Sebaliknya, ramai umat Islam yang mengengkari perintah Allah (a.w) kerana terdapat ketetapan hadith kita abaikan atau tidak peduli.
Dimanakah kita boleh mendapatkan ilmu mengenai as-Sunnah, yakni Ilmu as-Sunnah atau Ilmu al-Hadith? Sumber ilmu al-Hadith atau as-Sunnah adalah empat puluh sembilan (49) kitab hadith. Di dalam sejumlah kitab tersebut, ulama’ muhadithin sepakat menyatakan bahawa enam daripadanya adalah sahih untuk dijadikan panduan mengenai as-Sunnah, iaitu Kuttubul Sittah, iaitu:

· Sahih Bukhari
· Sahih Muslim
· Sunan an-Nasa’i
· Sunan at-Termidzi
· Sunan Abu Daud
· Sunan Ibnu Majah

Ke-enam-enam kitab ini memberikan panduan yang sah tentang as-Sunnah[3]. Menguasainya membolehkan kita faqih dalam as-Sunnah. Di dalam Jemaah ahli-ahli diajarkan as-Sunnah berpandukan Kuttubul Sittah tesebut.


Kesempurnaan Syariat Islam

Setelah kita mengetahui hakikat-hakikat tersebut di atas itu, maka sebagai umat Islam yang ingin mendapat kejayaan di dunia dan kejayaan di akhirat, maka wajiblah kita fahami Islam dan syariatnya itu. Islam adalah ugama Allah (a.w). Allah (a.w) yang mencipta Islam. Dan, Rasulallah (s.a.w) itu diutus, yakni dilantik Allah (a.w) khusus untuk menyampai dan mengajarkan kepada manusia amnya dan umat Islam khasnya ugama Allah (a.w). Maka dengan itu hanya Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) sahajalah yang tahu kesempurnaan Islam dan syariat ugama Islam itu.
Firman Allah (a.w):
[Maksud: Pada hari ini telah Aku (Allah (a.w)) sempurnakan untuk kamu sekelian ugama kamu dan telah Aku (Allah (a.w)) cukupkan nikmatKu (yakni, nikmat nur Islam) atas kamu sekelian dan telah Aku (Allah (a.w)) redakan Islam menjadi ugama kamu sekelian] [Ayat 3, Surah al-Maidah]
Allah (a.w) telah memberi kita tahu bahawa Islam dan syariatnya telahpun sempurna. Maka dengan itu tiada sesiapapun yang berhak membuat sebarang penyesuaian atau menokok tambah atau menambah atau mengurangkan segala sesuatu yang ditetapkan di dalam al-Quran. Hakikat ini penting kita fahami. Rasulallah (s.a.w) sendiri telah memberitahu kita bahawa Islam dan syariatnya sudahpun disempurnakan. Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) berpesan kepada kita jika kita berpandukan al-Quran dan al-Hadith sudah pasti kita tidak sesat. Jika tidak sesat pastilah kita mendapat syurga dengan heredhaan dan kerahmatan Allah (a.w). Tambahan pula janji Allah (a.w) dan janji Rasulallah (s.a.w) itu adalah janji yang pasti.
Rasulallah (s.a.w) mengulangi hakikat ini – hakikat bahawa Islam dan syariatnya sudah sempurna – dengan sabdanya di dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman bin ‘Amru as-Salami (r.a) berkata sesungguhnya dia mendengar ‘Irbad bin Sariah (r.a) berkata: ‘Dan memberi nasihat kepada kami oleh Rasulallah (s.a.w) suatu nasihat yang mengalirkan air mata (mereka yang mendengar) daripada nasihat tersebut dan menakutkan dari nasihat tersebut beberapa hati (yang mendengarnya)’. Maka berkata aku (Irbat): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Sesungguhnya ini nasihat seperti nasihat orang yang (hendak) meninggalkan kami, maka apakah janji atas kami?’ Sabdanya: ‘Sesungguhnya bagi kamu (aku) tinggalkan atas yang putih – malamnya putih dan adapun siangnya putih, jangan sesat (kamu sekelian) sesudahku kecuali rosak barangsiapa diantara kamu, (yang panjang umur) maka melihat (kamu akan) perselisihan yang banyak (di kalangan umat Islam mengenai ugama Islam), maka (aku berpesan) atas kamu dengan barangapa yang tahu atau arif kamu dari sesudahku (yakni, sesudah tiada aku kelak) dari sunnahku dan ‘sunah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin’, gigitlah atasnya dengan gigi geraham, dan diwajibkan atas kamu dengan taat (yakni, taatkan perintah dan suruhan imam atau amir atau ketua atau pentadbir jemaah) dan sekiranya hamba Habsyi sekalipun (yakni, orang yang sangat dibenci dan tidak disukai sekalipun menjadi imam atau pemimpin kamu); maka sesungguhnya orang yang beriman itu seperti unta di mana (dan ke mana) ditarik diikuti unta (akan tuannya).’ [Hadith #43, Ibnu Majah]
Rasulallah (s.a.w) telah mengulangi pengistiharan Allah (a.w) tentang kesempurnaan Islam dan syariatnya itu di dalam hadith tersebut. Islam dan syariatnya yang ditinggalkannya itu diumpamakan sesuatu yang ‘putih’. Pada bila-bila masa dan ketikapun suatu yang ‘putih’, siangnya ‘putih’ dan malamnyapun ‘putih’. Islam itu sudah sempurna untuk mana-mana zaman sekalipun. Kemudian beliau menasihatkan kita, umatnya, supaya berpandukan sunnahnya dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin, iaitu khalifah yang empat selepas wafat beliau, iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Omar ibni Khattab, Othman ibni Affan dan Ali bin Abi Thalib, radiallhu ‘anhum. Justeru, kita telahpun diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa as-Sunnah itu merangkumi sunnah beliau dan sunnah khalifah yang empat.
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Mas’ud (r.a), katanya hadith daripada Rasulallah (s.a.w) yang bersabda: ‘Sesungguhnya barang yang dua (yakni, yang dibawa atau diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w)) itu ada dua: iaitu, kalam Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan petunjuk (yakni, hidayah) Rasul (s.a.w) (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith). Maka sebaik-baik kalam (kata-kata atau tulisan atau kitab atau buku atau karangan) itu adalah kalam Allah (a.w) (yakni, al-Quran). Dan sebaik-baik petunjuk (hidayah) itu adalah petunjuk Muhammad (s.a.w) (hidayah) (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith). Ingatlah, takutkanlah oleh kamu sekelian pembaharuan dalam perkara (ibadah atau ugama atau syariat Islam). Maka sesungguhnya (atau bahawasanya) seburuk-buruk perkara itu adalah pembaharuan kepada pekara (ibadat atau amalan). Dan setiap pembaharuan pada perkara (ibadat dan amalan) itu adalah ‘bida’ah’. Dan setiap bida’ah itu dolalah (yakni, kesesatan) dan setiap kesesatan di dalam neraka] [Hadith # 46, Ibnu Majah & juga at-Termidzi]
Berpandukan hadith di atas itu, umat Islam telah diberitahu bahawa tiada kitab panduan mengenai Islam yang lebih baik daripada al-Quran. Dan, tiada ajaran atau petunjuk atau hidayah yang lebih daripada petunjuk Rasulallah (s.a.w) tentang Islam dan syariatnya. Juga, Rasulallah (s.a.w) memberitahu umat Islam supaya mengikuti jejak langkah khalifah yang empat selepas beliau wafat dalam beramal dan beribadah. Akhirnya, tidak kurang pentingnya, umat Islam wajib menjauhi perbuatan menokok tambah serta mengubah pinda syariat Islam yang disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w). Yang dijelaskan adalah jika ada perbuatan atau ketetapan mengenai Islam dan syariat Islam yang diperbaharui oleh salah satu daripada khalifah yang empat, wajib kita ikuti kerana telah disahkan oleh Rasulallah (s.a.w). Maka dengan itulah, sebagai contoh, kita dibolehkan mengerjakan solat Terawih dalam bulan Ramadhan sama ada mengikut sunnah Rasulallah (s.a.w) mengerjakan sebanyak delapan (8) rakaat (dibuat empat-empat rakaat satu salam) sama ada bersendirian ataupun dijemaahkan dan dikerjakan sebaik-baiknya di akhir sepertiga malam atau mengikuti sunnah Omar bin Khttab (r.a) mengerjakan solat Terawih itu dua puluh (20) rakaat secara berjemaah (dibuat dua-dua rakaat satu salam). Ketetapan Omar (r.a) bukanlah bida’ah hasanah seperti ramai umat Islam mengatakannya, kerana berlainan daripada perlakuan Rasulallah (s.a.w), tetapi syariat Omar (r.a) itu adalah sebahagian daripada as-Sunnah (seperti hadith yang sudahpun kita rujuk).
Selanjutnya Rasulallah (s.a.w) mengingatkan kita supaya jangan membuat pembaharuan dalam urusan ugama dan syariat Islam kerana tiap-tiap pembaharuan adalah bida’ah dan tiap-tiap bida’ah adalah kesesatan dan tiap-tiap kesesatan itu dibalas dengan neraka. Di dalam banyak hadith mengenai bida’ah ini, tidak ada pula Rasulallah (s.a.w) menyebutkan ada dua bentuk bida’ah sebagaimana yang difahami oleh majoriti umat Islam di Malaysia dan di lain-lain Negara, iaitu ‘bida’ah hasanah’ dan ‘bida’ah dolalah’. Berpandukan nas dan dalil hadith, setiap bida’ah adalah dolalah. Tidak ada sandaran nas dan dalil as-Sunnah tentang wujudnya ‘bida’ah hasanah’ ini. Maka dalam konteks ini, Jemaah tidak menganjurkan sebarang perbuatan yang bersifat bida’ah kerana tidak ada sandaran as-Sunnah mengenai wujudnya ‘bida’ah hasanah’, kerana pada pandangan Jemaah bersandarkan as-Sunnah semua bida’ah adalah dolalah.
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Setiap pembaharuan dalam urusan ugama (Islam) adalah bida’ah dan setiap bida’ah adalah kesesatan dan setiap kesesatan (yakni, mereka yang sesat dan yang menyesatkan tempatnya) adalah tempatnya di dalam Neraka.’ [Hadith Imam Muslim, an-Nasa’i, Imam Ahmad dan perawi-perawi lain]
Apabila kita meneliti al-Quran dan as-Sunnah sudah jelas bahawa manusia tidak perlu berpandukan kepada lain-lain sumber ilmu dan asas atau panduan amalan dan ibadah. Kerana sudah cukup persediaan untuk mendapatkan syurga semata-mata berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Tidak ada contoh manusia yang beramal dan beribadah yang melebihi amalan dan ibadah Rasulallah (s.a.w). Tambahan pula Allah (a.w) memberitahu kita bahawa contoh manusia terbaik adalah Rasulallah (s.a.w). Dan, Rasulallah (s.a.w) acapkali mengingatkan kita bahawa membuat pembaharuan kepada syariat Islam, sebagaimana yang telah disempurnakan di dalam al-Quran dan as-Sunnah, mengundang kesesatan, yakni neraka.
Sehubungan itu yang perlu hanyalah kita mempelajri Ilmu al-Quran dan Ilmu al-Hadith supaya kita pasti menjalani kehidupan, mengerjakan amalan dan ibadah sejajar dengan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Jika kita lakukan perkara-perkara lain maka kita mengada-adakan sesuatu yang tiada dalam Islam atau syariat Islam. Kita tahu bahawa kita tiada haq melakukannya.
Hakikatnya, sesuatu amalan dan ibadah yang tiada di dalam as-Sunnah adalah bida’ah. Sesuatu cara atau kaedah beramal dan beribadah yang tidak diperbuat oleh Rasulallah (s.a.w) adalah pembaharuan, dan kerana itu tegolong dalam istilah atau konsep bida’ah. Yang tidak bida’ah jika dilakukan oleh khalifah yang empat itu.




Solat, Amalan dan Ibadah

Kita tahu solat adalah ibadah yang utama kepada umat Islam. Pengabdian kita kepada Allah (a.w) bergantung pertamanya kepada amalan solat, kerana solatlah ibadah yang pertama dan utama dihisab. Justeru itu, jikalah solat itu tidak sah dan tidak sejajar dengan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) rugilah kita. Begitu jugalah dengan lain-lain amalan dan ibadah. Maka dengan itu kita wajib berpandukan sabda Rasulallah (s.a.w) berikut:

§ Dalam solat ikut cara dan kaedah Rasulallah (s.a.w) mengerjakan solat: Sabda Rasulallah (s.a.w): (Sollu kama ra-aitumuni usalli) [Maksud: Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat] [Hadith Bukhari].

§ Dalam mengerjakan lain-lain amalan dan ibadah selain solat, ikut cara dan kaedah amalan dan ibadah Rasulallah (s.a.w): Sabda Rasulallah (s.a.w): (Khuzu ‘anni manasikakum) [Maksud: Ambillah daripadaku cara kamu mengerjakan amalan dan ibadat] [Hadith Muslim, Abu Daud dan an-Nasa’i].

§ Jangan memandai-mandai membuat pembaharuan dalam amalan dan ibadah (yakni, mengenai Islam): Sabda Rasulallah (s.a.w):(Man akhdatha fi amrina haza malaisa minhu fahua raddu) [Maksud: Barangsiapa mengadakan pembaharuan dalam perkara aku (yakni, syariat ugama Islam) yang ianya bukan daripadaku (yakni, didatangkan daripadaku), maka dia (amalan dan ibadahnya) ditolak] [Hadith Bukhari]

Sabda Rasulallah (s.a.w): (Man ‘amila ‘amalan laisa ‘alaihi amruna fahua raddu) [Maksud: Barangsiapa beramal dengan suatu amalan selain daripada perkara atau urusanku (yang didatangkan oleh aku), maka dia ditolak] [Hadith Muslim]

Kita lihat beberapa ketetapan Rasulallah (s.a.w) tentang apa yang disifatkan sebagai bida’ah itu. Yang jelasnya, tanpa ilmu mengenai as-Sunnah secara terperincinya, tidak mungkin kita tahu apa yang bida’ah dan apa yang tidak bida’ah. Atau, apa yang dilakukan oleh Rasulallah (s.a.w) dan apa yang tidak dilakukannya. Jika tidak dibuatnya maka ketetapan di atas itu wajib dipatuhi dan diikuti.
Apabila kita teliti ilmu al-Hadith, kita akan dapati beberapa perlakuan atau perbuatan yang tidak dibuat oleh Rasulallah (s.a.w), antaranya:

· Tidak menyebut ‘Bismillah’ semasa berwudu’;

· Melafazkan niat semasa wudu’ dan solat;

· Membaca ‘Basmalah’ sebelum al-Fatihah dan sebelum surah;

· Membaca doa qunut dalam solat Subuh;

· Berdoa dalam solat dengan mengangkat kedua-dua tangan;

· Membaca khutbah dalam bahasa Melayu;

· Isi khutbah menyentuh perkara atau hal-hal keduniaan.

Dalam amalan atau ibadah lain, beberapa perlakuan tidak dibuat oleh Rasulallah (s.a.w), antaranya:

· Berpuasa tiga bulan berturut-turut (bulan Rejab, Sya’ban, dan Ramadhan)

· Membaca ‘talqin’ di atas kubur

· Membaca Surah Yaasin atas jenazah

· Memasang batu nisan di kubur

Contoh-contoh tersebut tidak diterima oleh kebanyakan umat Islam di Malaysia, tetapi jika kita teliti as-Sunnah kita akan dapati apa yang kita buat atau lakukan tidak dilakukan oleh Rasulallah (s.a.w). Semua itu adalah amalan atau perbuatan yang diserap oleh budaya dan diamalkan turun temurun oleh orang Melayu. Kita lakukan sesuatu yang tiada sandaran as-Sunnah atau ditegah oleh as-Sunnah.

[1] Maksud hadith ini jelas di dalam al-Quran, kata para ulama’, dalam firman Allah (a.w) apabila menyebut kalimah atau ungkapan ‘Kitab’ dan ‘hikmah’. Mengikut Imam as-Shafie, setelah meneliti pendapat dan pandangan para ulama’ yang faqih dengan Ilmu al-Quran, ‘hikmah’ bermaksud ‘sunnah Rasulallah (s.a.w)’ atau as-Sunnah. Rujuk Surah al-Baqarah (Ayat 129, 151 & 231), Surah ali-Imran (Ayat 164), Surah an-Nisa’ (Ayat 113), Surah ad-Dhuhan (Ayat 34) dan Surah al-Jumu’at (Ayat 2) mengenai ungkapan ‘kitab’ dan ‘hikmah’ tersebut.
[2] Di dalam septong hadith yang hampir serupa didapati dari Bukhari, iaitu: Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) berkata hadith ini daripada Nabi (s.a.w) yang bersabda: ‘Engkau tinggalkan apa-apa yang tinggalkan pada kamu sekelian sungguh-sungguh rosak (sebagaimana) orang-orang yang ada sebelum kamu sekelian dengan banyak sola mereka dan berselisih faham mereka atas para nabi mereka; maka ketika memerintah aku akan kamu sekelian daripada sesuatu, maka engkau ambillah akan dia, dan ketika memerintah aku akan kamu sekelian dengan apa-apa perkara, amak engkau mabillah darinya apa-apa yang semampu kamu.’ [Hadith Bukhari]
[3] As-Sunnah adalah perkataan, perlakuan dan riaksi Rasulallah (s.a.w) terhadap sesuatu kata-kata atau perlakuan para sahabat. Segala tindak tanduk Rasulallah (s.a.w) adalah berlandaskan ketetapan Allah (a.w) melalui wahyu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...