Monday, January 19, 2009

Terapi Warna

Adakah benar warna memainkan peranan penting dalam hidup. Pakar motivasi selalu mengaitkannya. Entah lah.....
Secara prinsip, warna mencerminkan personaliti diri.. betulkah?....ikutinya di bawah:

MERAH
Personaliti diri: Gemar melakukan aktiviti lasak, tubuh badan bertenaga, sentiasa stabil, yakin pada diri sendiri dan mudah mesra.

Bila warna berkenaan sesuai digunakan.........Ketika kita berasa begitu letih ataupun keadaan fizikal kita lemah, jika kita bersendirian dan tidak berasa selamat.

Jangan gunakan warna berkenaan ketika.......marah, berasa lebih agresif ataupun aktif dan memerlukan rehat yang secukupnya.

KUNING
Personaliti diri: Peningkatan stimulasi mental, membuatkan mental kita bergerak cergas, pemikiran yang tenang, bertenaga dan bersemangat.

Bila warna berkenaan sesuai digunakan.........Apabila kita menderita akibat tekanan mental dan hendak membuat keputusan muktamad. Ketika kita rasa berdebar-debar dan takut.

Jangan gunakan warna berkenaan ketika......penat, ingin berehat dan mahu keliahatan lebih agresif.

HIJAU
Personaliti diri: Warna flora dan fauna. Sentiasa berfikiran positif, perasaan sentiasa tenang, pemurah, lemah lembut dan sedikit sensitif.

Bila warna berkenaan sesuai digunakan.........Ketika bimbang dan memerlukan ketenangan. Apabila berasa letih, memerlukan rakan kongsi masalah dan meningkatkan daya sensitiviti serta berasa kesunyian.

Jangan gunakan warna berkenaan ketika......kita berfikir sesuatu perkara lebih mendalam.

BIRU
Personaliti diri: Sentiasa mengekalkan ekspresi diri, komunikasi yang baik, bijak dalam bertindak dan tahu tanggungjawab diri sendiri.

Bila warna berkenaan sesuai digunakan.........Ketika kita ingin menikmati ketenangan mental dan emosi. Apabila berada dalam keadaan terperanjat dan tidak dapat menyuarakan isi hati serta berasa malu.

Jangan gunakan warna berkenaan ketika......kita berasa menggeletar dan kesejukan.

OREN
Personaliti diri: Meningkatkan lagi kekuatan fizikal dan emosional, memberi ketenagan dan menaikkan nafsu makan.

Bila warna berkenaan sesuai digunakan........Jika ingin merangsang tenaga, ketika bosan dan tertekan. Apabila kita berasa gembira, ceria dan inginkan keseronokan.

Jangan gunakan warna berkenaan ketika......kita cenderung bersikap suka menyoal, sedang marah dan ingin merehatkan diri.

UNGU
Personaliti diri: Mencerminkan kreativiti, idea, berkebolehan dalam seni dan bersikap ideal dan inovatif.

Bila warna berkenaan sesuai digunakan.........Ketika kita memerlukan inspirasi, apabila kita berasa tertekan dan hilang keyakinan diri.

Jangan gunakan warna berkenaan ketika......kita berasa malu dan terasing.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...